Ahad, 1 Januari 2012

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


20 tan sampah tahun baru

Posted:

20 tan sampah tahun baru

20 tan sampah tahun baru

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
kota@utusan.com.my


Mohd. Zain Hassan (kanan) turun padang bagi memantau kerja-kerja kutipan sampah dan pembersihan yang dilakukan oleh petugas Alam Flora selepas sambutan tahun baru di Bukit Bintang, awal pagi semalam.


KUALA LUMPUR 1 Jan. - Sebanyak 20 tan sampah dikutip oleh Alam Flora Sdn. Bhd. dalam tempoh lima jam di empat kawasan tumpuan warga kota menyambut tahun baru di ibu negara awal pagi ini.

Empat kawasan itu ialah Dataran Merdeka, Bukit Bintang, Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan juga Bangsar.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Mohd. Zain Hassan berkata, sudah menjadi "tradisi", empat kawasan itu akan menghasilkan sampah paling banyak setiap kali adanya sambutan tertentu seperti tahun baru atau merdeka.

Beliau berkata, pihaknya telah mula bersedia untuk kerja-kerja pembersihan itu seawal pukul 6 petang dengan tujuh buah lori dan 250 tenaga pekerja sudah ditempatkan di empat kawasan tersebut.

Katanya, operasi pembersihan bermula pada pukul 2 pagi iaitu setelah orang ramai mula pulang.

"Kita mengambil masa lima ke enam jam untuk melakukan operasi pembersihan inidan keadaan kembali bersih seperti biasa selepas itu," katanya selepas mengetuai operasi pembersihan di Bukit Bintang di sini awal pagi ini.

Mohd. Zain berkata, di Bukit Bintang sahaja, pihaknya mengutip lebih lapan tan sampah dan keadaan yang sama juga turut berlaku di Dataran Merdeka.

Katanya, sepanjang pengalamannya, sampah selepas setiap kali sambutan diadakan tidak pernah berkurangan, malah semakin bertambah dari tahun ke tahun.

"Walaupun kita menyediakan tong sampah, namun orang ramai tetap juga membuang sampah di merata-merata tempat dan tabiat buruknya itu kelihatan sukar dihapuskan," katanya.

Beliau berkata, jika orang ramai memberikan kerjasama dengan menggunakan sepenuhnya tong sampah, bukan sahaja masa operasi pembersihan boleh dipendekkan, kos juga mampu dijimatkan.

Full content generated by Get Full RSS.

Penduduk Pandamaran dakwa Ronnie gagal tunai janji

Posted:

Penduduk Pandamaran dakwa Ronnie gagal tunai janji

Penduduk Pandamaran dakwa Ronnie gagal tunai janji

KLANG 1 Jan. - Hampir 100 orang penduduk Pandamaran di sini mengadakan perhimpunan bagi menyatakan rasa marah dengan wakil rakyat kawasan itu, Ronnie Liu yang didakwa tidak menunaikan janjinya untuk membaiki jalan-jalan yang rosak di kawasan tersebut.

Mereka mendakwa kerajaan negeri pakatan pembangkang gagal membaik pulih jalan-jalan di kawasan tersebut sejak mentadbir negeri itu pada 2008.

Penyelaras Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri Pandamaran, Dr. Ching Eu Boon berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada penduduk kawasan itu yang menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Ronnie dan kerajaan negeri berhubung soal berkenaan.

Katanya, penduduk merungut mengenai keadaan jalan-jalan yang berlubang dan tidak diturap dengan sempurna, melibatkan kawasan-kawasan perumahan, perniagaan dan industri di Pandamaran.

"Penduduk Pandamaran yang sudah muak dengan keadaan jalan di kawasan mereka. Malah, banyak aduan telah dibuat kepada Ronnie, namun, tiada sebarang tindakan susulan dibuat.

"Apakah ini bentuk kebajikan dan kesejahteraan yang dicanangkan oleh kerajaan negeri. Penduduk hantar memorandum mengenai masalah yang dihadapi, namun, pejabat wakil rakyat terbabit ditutup.

"Apakah ini bentuk perkhidmatan yang diberikan seorang ADUN kepada rakyat," katanya yang turut bersama-sama wakil penduduk mengadakan bantahan itu di sini semalam.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Persekutuan (JKKP) Pandamaran, Francis Pua mempersoalkan ke mana peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk nenaik taraf infrastruktur jalan di negeri itu dibelanjakan.

Beliau seterusnya meminta Ronnie selaku Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri memberi penjelasan mengenai perkara tersebut.

Katanya, keadaan jalan-jalan di Pandamaran amat berisiko kepada penduduk dan boleh menyebabkan kemalangan serta merosakkan kenderaan.

Terdahulu, wakil penduduk kawasan itu turut mengadakan perarakan membabitkan lebih 30 buah kenderaan yang mengelilingi kawasan Pandamaran sebagai tanda bantahan terhadap keadaan jalan raya di kawasan berkenaan.

Full content generated by Get Full RSS.

RM60 juta baiki infrastruktur KL

Posted:

RM60 juta baiki infrastruktur KL

RM60 juta baiki infrastruktur KL


MOHD. Najib Mohd. (kiri) dan Tan Keng Chok memeriksa salah satu daripada laluan pejalan kaki yang sudah dinaik taraf ketika melakukan lawatan kerja di sekitar Jalan P. Ramlee, baru-baru ini. - Utusan/Hafiz Johari


KUALA LUMPUR 1 Jan. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperuntukkan RM60 juta pada tahun ini bagi membaik pulih jalan, sistem saliran dan infrastruktur di ibu negara dengan menggunakan bahan baru yang lebih tahan lama.

Timbalan Ketua Pengarah Pelaksanaan dan Penyelenggaraan DBKL, Mohd. Najib Mohd. berkata, usaha menaik taraf itu telah dilaksanakan di sekitar Jalan P. Ramlee dan Jalan Thambi Dollah yang menelan belanja sebanyak RM3.5 juta.

"Kita sudah menukar penutup longkang di kawasan itu kepada jenis Precast Compress Concrete Slab (PCCS) kerana penutup longkang daripada besi sebelum ini sering dicuri sehingga membahayakan pejalan kaki.

"Bahan baru ini sebenarnya sudah diperkenalkan sejak dua tahun lalu. Ia lebih mudah dipasang, tahan lama dan merupakan hasil penyelidikan dan pembangunan oleh Jabatan Kejuruteraan Awam," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak kerja-kerja penurapan jalan di Jalan P. Ramlee dan Jalan Thambi Dollah di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Kerja Awam dan Saliran, Tan Keng Chok.

Mohd. Najib berkata, DBKL turut menggunakan bahan baru dalam penurapan jalan yang dikenali sebagai Stone Mastric Asphalt (SMA) yang lebih baik dan tahan lama.

"Diharapkan dengan penggunaan bahan baru ini, jalan raya di ibu negara akan lebih tahan lama dan menjimatkan dalam jangka panjang kerana tidak memerlukan penyenggaraan yang banyak," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, orang ramai yang mempunyai aduan berhubung masalah infrastruktur di ibu negara diminta menghubungi talian bebas tol DBKL di 1-800-88-3255.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan