Rabu, 1 Februari 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Najib lawat Terengganu Jumaat ini

Posted: 01 Feb 2012 02:22 AM PST

Mutakhir

KUALA TERENGGANU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Terengganu Jumaat ini.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, berkata pada lawatan itu, Perdana Menteri yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, dijadual menyampaikan bantuan kebajikan masyarakat, bantuan 1Malaysia dan bantuan bot kepada nelayan di Rhu Rendang, Marang.

Pada tengah hari, Najib akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, di sini dan menghadiri jamuan rakyat di situ selain menyampaikan bantuan kepada nelayan di Batu Buruk, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini. Pada sebelah petang, katanya Perdana Menteri akan menyertai aktiviti berbasikal dari Hotel Primula ke pasar minggu di Syahbandar sebelum menghadiri majlis perjumpaan tertutup dengan anggota Barisan Nasional (BN) semua peringkat.

Perdana Menteri dan isteri dijadual pulang ke ibu negara selepas majlis perjumpaan itu. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Safee Sali kekal di Pelita Jaya dua tahun lagi

Posted: 01 Feb 2012 02:20 AM PST

Mutakhir

JAKARTA: Di tengah-tengah kontroversi Liga Super Indonesia (ISL) berkemungkinan dikenakan tindakan oleh FIFA, striker Malaysia Safee Sali hari ini secara rasmi menyambung kontraknya selama dua tahun lagi dengan kelab bola sepak Pelita Jaya FC, Jakarta, satu dariapda kelab yang menyertai ISL.

Kontrak dua tahun itu menawarkan pakej bernilai lebih RM2 juta termasuk pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai yang dibayar oleh kelab, tiket pergi balik ke Kuala Lumpur yang disediakan oleh Kelab dan penghormatan sebagai Ketua Pasukan Pelita Jaya FC.

Nilai kontrak baru itu adalah kira-kira sekali ganda nilai tahunan secara perbandingan dengan kontrak satu tahun beliau bersama kelab bola sepak itu, yang berakhir semalam. - BERNAMA
Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan