Rabu, 4 Januari 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Penuntut Malaysia nahas di New Jersey selamat: Anifah

Posted: 04 Jan 2012 03:58 AM PST

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar hari ini menjelaskan bahawa laporan mengenai penuntut Malaysia terbunuh dalam kemalangan di New Jersey, Amerika Syarikat pada Isnin lalu adalah tidak tepat sebaliknya mereka kini dirawat di hospital.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata Hennis Tung, penuntut di Ohio State University, terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa bercuti dan kini dirawat di Hospital Robert Johnson, Rutgers, New Jersey.

"Penuntut itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Anifah berkata, abang penuntut terbabit, juga penuntut di universiti yang sama, sudah dihubungi dan memaklumkan bahawa ibu bapa mereka akan tiba di Amerika Syarikat hari ini.

Katanya, Konsulat Jeneral Malaysia di New York sudah memberi bantuan kepada mangsa dan keluarga dan juga diarahkan untuk memantau keadaan penuntut itu dari masa ke masa untuk dimaklumkan kepada Wisma Putra.

Sebelum ini, akhbar The Republic yang berpejabat di Columbus, Indiana, Amerika Syarikat melaporkan seorang penuntut Malaysia meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya apabila kenderaan yang dinaikinya bersama empat yang lain terbabas di laluan Interstate 78. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Banjir di Terengganu, Johor pulih

Posted: 04 Jan 2012 03:53 AM PST

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Banjir yang melanda Terengganu dan Johor pulih sepenuhnya apabila semua mangsa yang berada di pusat pemindahan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Di TERENGGANU, banjir kali ini menyebabkan lebih 800 penduduk di dua daerah iaitu Besut dan Setiu dipindahkan ke pusat pemindahan.

Menurut portal banjir kerajaan negeri, seramai 64 orang penduduk di Kampung Nyatoh, Setiu merupakan kumpulan terakhir yang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing petang ini. Di JOHOR, dua pusat pemindahan di Segamat ditutup hari ini.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara, semua 47 mangsa banjir membabitkan lapan keluarga yang ditempatkan di Balai Raya Kampung Batu Badak dan Balai Raya Kampung Pogoh 2 dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sejak tengah hari tadi.
- BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan