Sabtu, 25 Ogos 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Bahana bangga tiada dara

Posted: 24 Aug 2012 11:52 AM PDT

KOTA BHARU: Mereka menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT), malangnya akhlak masing-masing amat rendah apabila aktif mengamalkan seks bebas, malah bergabung mewujudkan seolah-olah satu kelab bagi merancang kegiatan.

Tanpa mempedulikan dosa dan masa depan, kumpulan siswi berusia 19 hingga 21 tahun itu tidak mahu melihat ada ahli kumpulan mereka yang masih dara.

Malah, sesiapa yang masih dara dipecat 'keahliannya' atau tidak layak menyertai kelab itu dan dianggap sebagai kolot atau kekampungan.

Akibatnya, seorang daripada siswi yang pernah menjadi ahli 'kelab tiada dara' itu kini menanggung derita kerana disahkan doktor dijangkiti virus HIV berikutan terbabit kegiatan seks bebas.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 25/08/2012


Don kahwin

Posted: 24 Aug 2012 11:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pendakwah muda popular, Don Daniyal Don Bijayid, 28 selamat bernikah dengan wanita pilihannya, Husna Zahry Rafie, di Balik Pulau, Pulau Pinang, malam kelmarin.

Pensyarah Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) itu yang menjadi perhatian ramai melalui program 30 Minit Ustaz Don di saluran TV Al-Hijrah diijabkabulkan dalam majlis sederhana di rumah pengantin wanita, tanpa mengundang wakil media.


Menurut sumber terdekat dengan anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu, majlis hanya dihadiri keluarga terdekat, saudara-mara dan kenalan rapat berikutan penceramah muda berkenaan enggan menghebahkannya kepada umum.

"Majlis persandingan dijadual di rumah pengantin wanita hari ini (semalam) dan selain satu lagi majlis di dewan Kuis di Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor pada 1 September depan.


"Persandingan kali kedua pasangan itu dibuat di Dewan Kuis bagi memudahkan kenalannya di sekitar Lembah Klang dan penuntut Ustaz Don di Kuis hadir," katanya.


Ustaz Don yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir sebelum ini bertunang dengan Husna, penuntut tahun kelima jurusan perubatan di Universiti Kaherah, Mesir, 6 Mac tahun lalu.

Dalam satu kenyataan menerusi paparan facebook seorang personaliti Al-Hijrah, Amin Idris, Ustaz Don dipetik berkata dirinya hanya bersederhana dan mementingkan pengisian selepas berkahwin.


Wartawan yang memantau laman facebook, twitter dan blog mendapati pasangan itu menerima ucapan tahniah daripada peminat yang ternyata gembira dengan perkhabaran terbabit.

Di status laman facebook miliknya, Ustaz Don turut memuat naik gambar perkahwinannya sebelum 7,780 peminatnya menyukai dan 600 mengucapkan tahniah kepadanya.

Artikel ini disiarkan pada : 25/08/2012


Tiada ulasan:

Catat Ulasan