Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 28 Aug 2012 12:02 PM PDT KUALA TERENGGANU: Seorang pengurus sebuah syarikat cari gali minyak diperintahkan membayar RM18,866.50 dan membuat permohonan maaf secara terbuka mengikut hukum syarak kepada ibu bapa serta dua anaknya yang diabaikan sejak lebih lapan tahun lalu. Arahan itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Rosdi Harun ke atas Nasrun Mustafa, 39, dalam prosiding semalam selepas membenarkan tuntutan difailkan bapa lelaki itu, Mustafa Ismail, 66, dari Kampung Beladau Kolam, Manir, di sini, dua tahun lalu. Rosdi berkata, bayaran RM18,866.50 itu adalah kos tunggakan dan perbelanjaan serta teladan terhadap Mustafa selepas Nasrun tidak pulang ke rumah bertemu kedua-dua anaknya sejak lebih lapan tahun lalu. Nasrun yang berpendapatan lebih RM17,000 sebulan diarahkan membayar RM400 setiap seorang kepada ibu bapa serta dua anaknya berusia 15 dan 17 tahun setiap bulan, selain RM500 seorang untuk dua anaknya sebagai perbelanjaan menyambut Aidilfitri setiap tahun. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 29/08/2012 |
Posted: 28 Aug 2012 12:00 PM PDT KUALA LUMPUR: Selepas 59 tahun terpisah, empat beradik berlainan agama akhirnya bertemu semula dalam suasana penuh emosi, semalam. Pertemuan Normah Hashim, 59, dengan tiga adik-beradiknya, diatur Biro Pengaduan Awam MCA.
"Arwah ibu bapa angkat memberitahu saya mempunyai kembar dan keluarga kandung berniaga air di tepi jalan di Pekan Kulim, Kedah," kata Normah.
"Saya bertambah gembira dan terkejut apabila diberitahu yang saya sebenarnya ada seorang adik lelaki kembar," katanya.
Katanya, dia dan adik-beradik lain juga pernah cuba mengesan Normah atau nama keluarganya, Teow Hooi Sang menerusi siaran televisyen, namun tiada sebarang khabar diterima.
Artikel ini disiarkan pada : 29/08/2012 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan