Berita Harian: Mutakhir |
Wanita ditemui mati di sebuah hotel di Johor Bahru Posted: 23 Aug 2012 02:25 AM PDT JOHOR BAHRU: Seorang wanita ditemui mati dipercayai akibat diserang angin ahmar di sebuah hotel bajet di Taman Skudai Baru, di sini, semalam. Mayat wanita berumur 28 tahun itu ditemui di atas lantai di tepi katil pada jam 2.30 petang oleh seorang pekerja hotel itu. Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Beh Eng Lai, berkata wanita yang berasal dari Skudai dan bekerja sebagai tukang cuci di sebuah sekolah di kawasan itu mendaftar masuk ke hotel berkenaan, Isnin lalu."Tiada kecederaan pada tubuh wanita itu dan siasatan kini menjurus kepada tujuan dia menginap di hotel itu," katanya sambil memberitahu wanita itu adalah seorang janda dan mempunyai dua anak. Beliau berkata, mayat wanita itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat dan pada masa ini kes itu diklasifikasi sebagai mati mengejut. - BERNAMA |
PAS perlu nyatakan pendirian berhubung hukum hudud bukan DAP Posted: 23 Aug 2012 02:19 AM PDT KOTA BHARU: PAS yang sepatutnya mengeluarkan kenyataan mengenai pendirian mereka berhubung hukum hudud, bukan DAP, kata Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, berkata PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam dalam pakatan pembangkang, perlu tegas dengan pendirian mereka untuk melaksanakan hukum hudud walaupun tidak dipersetujui DAP. "Yang penting hari ini, PAS perlu buat pendirian, bukan DAP yang buat pendirian. Orang Malaysia sudah tahu daripada dulu lagi DAP tolak negara Islam, tolak hudud."Yang silapnya PAS pergi terima DAP buat apa," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka anjuran UMNO Parlimen Kota Bharu di sini, hari ini. Akhbar hari ini melaporkan Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, berkata pemimpin tertinggi DAP terutama Penasihatnya, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng diminta mengeluarkan kenyataan berhubung pendirian rasmi parti itu mengenai pelaksanaan syariat Islam di negara ini seperti hukum hudud. Nik Abduh dilaporkan berkata, kenyataan itu sangat penting bagi memperbetulkan persepsi rakyat selepas beberapa siri kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menolak hukum hudud dan negara Islam yang cuba dilaksanakan PAS jika berjaya menguasai kerajaan persekutuan. Mohamad Fatmi berkata, PAS juga sepatutnya membuat pendirian sama ada masih mahu kekal bersama pakatan pembangkang selepas kenyataan mereka berhubung penubuhan negara Islam dilihat sering ditolak DAP. "Ini adalah perancangan kepimpinan UMNO Kelantan. Kami akan membina lebuh raya ini dan tidak akan membebankan rakyat untuk memberi sumbangan," katanya. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan