Selasa, 28 Ogos 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Lebuhraya Smart ditutup untuk penyelenggaraan mulai malam esok

Posted: 28 Aug 2012 06:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Lebuhraya Smart di sini akan ditutup kepada lalu lintas mulai 11 malam esok (20 Ogos) hingga 6 pagi Khamis bagi kerja menyelenggara sistem terowong lebuh raya itu.

Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn Bhd (Smart) dalam kenyataan di sini hari ini berkata pengguna boleh menghubungi talian bantuan Smart 1-300-88-7188 untuk pertanyaan lanjut mengenai penutupan itu. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 28/08/2012


Warga emas tidak dapat restu isteri pertama kahwin lain minum racun

Posted: 28 Aug 2012 03:52 AM PDT

GEORGETOWN: Seorang warga emas nekad meminum sebotol cecair dipercayai racun setelah hasratnya untuk berkahwin lain tidak mendapat restu isteri pertama di Farlim, Air Hitam di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata dalam kejadian pukul 1.45 petang itu, lelaki berusia 68 tahun terbabit meminum racun itu di sebuah klinik swasta di sini.

Beliau berkata tindakan itu diambil setelah permintaan lelaki berkenaan untuk berkahwin lain ditolak isteri pertamanya.

"Lelaki itu kini dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Pulau Pinang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Gan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 28/08/2012


Tiada ulasan:

Catat Ulasan