Khamis, 23 Ogos 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


20 hari ditawan lanun Nigeria

Posted: 23 Aug 2012 03:53 PM PDT

Juruteknik petroleum warga Malaysia bersama tiga rakan dibebas di Lagos

̌Kuala Lumpur Selepas 20 hari ditawan lanun di Teluk Guinea, Nigeria, juruteknik petroleum warga Malaysia, George Lipih Ambo, 42, dibebaskan semalam.

Mangsa yang berasal dari Sri Aman, Sarawak, dilaporkan selamat dan dimasukkan ke sebuah hospital tempatan untuk pemeriksaan kesihatan.

George dibebaskan jam 6.30 pagi semalam (1.30 pagi waktu tempatan) bersama tiga rakan setugas dari Indonesia, Thailand dan Iran yang turut diculik dalam serangan ke atas kapal tangki mereka di perairan negara itu pada 4 Ogos lalu.

Orang tengah

Pembebasan mereka adalah atas inisiatif Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO yang menggunakan khidmat orang tengah tempatan untuk mengadakan rundingan dengan kumpulan berkenaan.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhammad Khairun Aseh mengesahkan pembebasan mangsa.

"Rundingan diadakan sejak 6 Ogos lalu dan semua tebusan dibebaskan tanpa sebarang syarat. Mereka ditinggalkan di satu lokasi ditetapkan di Lagos, pagi tadi (semalam) sebelum diselamatkan pasukan perunding kita di sana.
"Ketika ditemui, George dalam keadaan kepenatan dan kebingungan, namun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Dia dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut," katanya ketika dihubungi BH, di sini, semalam.

Dalam kejadian 4 Ogos itu, George bersama tiga rakannya diculik di Teluk Guinea, kira-kira 35 batu nautika dari Terminal Eksport Minyak Bonny, Pelabuhan Harcourt.

Mangsa sedang memeriksa kapal tangki, Jascon 33 milik syarikat perkapalan Sea Trucks Group (STG) yang berlabuh di perairan itu apabila diserang kumpulan bersenjata, menyebabkan dua anggota Tentera Laut Nigeria yang ditugaskan mengiringi kapal itu terbunuh, manakala dua lagi cedera.

Bawa pulang

Khairun berkata, pihaknya dengan kerjasama Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Abuja sedang membuat persiapan untuk membawa pulang George selepas mendapat kebenaran pihak berkuasa Nigeria.

Tak gubal akta antilompat parti

Posted: 23 Aug 2012 03:48 PM PDT

Kuala Lumpur: Kerajaan tidak bercadang menggubal undang-undang antilompat parti
kerana ia bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata kerajaan berpendapat undang-undang itu tidak perlu digubal kerana Perlembagaan Persekutuan sudah menetapkan setiap warga negara bebas dan mempunyai hak untuk berpersatuan.
Tak setuju

"Saya secara peribadi tidak bersetuju undang-undang itu digubal," katanya kepada BH mengulas cadangan kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP yang mahu menggubal undang-undang negeri untuk menyekat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melompat parti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan