Harian Metro: Mutakhir |
Lelaki ditemui mati dengan kesan kelar di leher di Balik Pulau Posted: 26 Aug 2012 05:35 AM PDT BALIK PULAU: Seorang lelaki ditemui mati dengan kedua belah tangan terikat dan leher dikelar dalam sebuah rumah di Kampung Sungai Pinang di sini, hari ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, SAC Mazlan Kesah berkata mayat lelaki terbabit, Ghadzali Ahamad, 53, ditemui rakannya yang datang untuk membawa mangsa ke hospital bagi mendapatkan rawatan asma pada pukul 10 pagi. "Rakan mangsa bertindak memecahkan pintu selepas panggilannya tidak berjawab dan terperanjat apabila mendapati Ghadzali yang hanya berkain pelekat terlentang tidak sedarkan diri dalam salah sebuah bilik di rumah itu," katanya kepada pemberita. Mangsa yang tinggal bersendirian dilihat buat kali terakhir pada pukul 8 malam tadi dan dia dikatakan telah membeli bunga api untuk saudaranya yang tinggal berhampiran lokasi kejadian.
Beliau berkata polis turut menemui sebilah pisau dapur di atas katil mangsa yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu. "Polis yakin jenayah ini dilakukan lebih daripada seorang," katanya. Mazlan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. - Bernama Artikel ini disiarkan pada : 26/08/2012 |
Trafik bergerak perlahan di beberapa lebuh raya Posted: 26 Aug 2012 04:45 AM PDT KUALA LUMPUR: Jumlah kenderaan di beberapa lebuh raya utama negara semakin meningkat ketika orang ramai mula bergerak pulang menuju ke kediaman masing-masing selepas menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman. Aliran trafik di Lebuh Raya Utara Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sehingga petang ini dilaporkan bergerak perlahan di beberapa kawasan. Menurut Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama memberitahu terdapat satu kemalangan iaitu di Km 269.9 arah selatan di persimpangan dari Nilai menuju ke Seremban yang menyebabkan berlaku kesesakan kecil walaupun kemalangan tersebut sudah dialihkan. Jurucakap itu memberitahu trafik juga dilaporkan bergerak perlahan menuju arah Utara disebabkan berlaku dua kemalangan iaitu di Km 158.5 dari Bukit Tambun menuju ke Jawi dan di Km 230.6 dari Changkat Jering menuju ke Kuala Kangsar.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Lembaga Lebuhraya Malaysia di 1800-88-7752 dan laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama Artikel ini disiarkan pada : 26/08/2012 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan