Sabtu, 25 Ogos 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Mangsa culik cerita detik cemas

Posted: 25 Aug 2012 02:37 AM PDT

SEPANG: Lelaki warga Malaysia yang menjadi tawanan lanun selepas diculik di Teluk Guinea, Nigeria berdepan keadaan mecemaskan lebih 20 hari sebelum berjaya dibawa pulang ke tanah air oleh Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, hari ini.

Mangsa yang berasal dari Sri Aman, Sarawak, George Lipih Anak Mambo, 42, berkata beliau masih berada dalam keadaan trauma dengan pengalaman yang ditempuhi selepas hampir setiap masa diacukan senapang jenis M-16 ke arah kepala.

"Lebih menakutkan apabila ada antara lanun yang berada dalam keadan khayal sengaja melepaskan tembakan ke arah tawanan. Malah, pernah satu ketika peluru yang dilepaskan berada hampir satu kaki dari saya.
"Saya begitu takut ketika itu. Hanya hidup atau mati saja berada di fikiran saya pada waktu itu," katanya ketika menceritakan pengalaman menjadi tawanan lanun selepas tiba ke tanah air, di sini, hari ini.

Kepulangan beliau disambut gembira isterinya, Bibi Suntek, 42 dan tiga orang anak serta ahli keluarga yang lain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 2.45 petang tadi.

Mayat wartawan Jepun yang terbunuh di Syria dibawa pulang

Posted: 25 Aug 2012 12:34 AM PDT

TOKYO: Mayat wartawan kanan Jepun yang terbunuh ketika membuat liputan pergerakan anti rejim di bandar kedua terbesar di Syria diterbangkan ke negara asal, hari ini.

Rakan karib mendiang, Kazutaka Sato, berkata Mika Yamamoto terbunuh akibat serangan daripada askar pro kerajaan Isnin lalu di Aleppo yang menjadi bahagian utama konflik sejak pertempuran tercetus di sana bulan lalu.

"Saya minta maaf kerana tidak dapat mencari perkataan yang sesuai apabila beliau kembali dengan cara begini," katanya di Lapangan Terbang Narita. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan