Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 27 Aug 2012 11:53 AM PDT MELAKA: Seorang guru yang juga jurulatih hoki di Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP), Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor maut apabila motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Kilometer 197.3, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran susur keluar Ayer Keroh, dekat sini, semalam. Dalam kejadian jam 4.45 pagi itu, mangsa Mohamad Fakhrulrazi Baharuddin, 28, dalam perjalanan pulang ke SSBP selepas menyambut hari raya bersama isteri dan mentuanya di Cheras, Kuala Lumpur. Turut terkorban dalam kejadian itu ialah pemandu Perodua Myvi, Muhammad Farid Mazlan, 27, yang parah di kepala, manakala pemandu lori, Rosli Md Nor, 37, patah kaki kanan kerana tersepit dalam kenderaannya, sementara empat sekeluarga yang menaiki Proton Iswara cedera ringan. Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori dipandu Rosli merempuh bahagian belakang sebuah treler sebelum lori berkenaan dirempuh Perodua Myvi dipandu Muhammad Farid. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 28/08/2012 |
Posted: 27 Aug 2012 11:50 AM PDT GEORGETOWN: Terpengaruh dengan tipu helah seorang lelaki kononnya dia memenangi loteri RM1.2 juta, seorang suami tergamak mengkhianati isterinya dengan mencuri pelbagai jenis deposit tetap serta barang kemas bernilai hampir RM900,000 bagi membayar wang pengurusan, derma serta membeli beras dan kertas azimat sebelum boleh menerima hadiah loteri berkenaan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, seorang wanita dari Balik Pulau berusia 60-an membuat laporan polis pada 19 Ogos lalu, mengenai kehilangan lapan keping dokumen deposit tetap CIMB Bank dan Maybank bernilai RM800,000 serta barang kemasnya bernilai RM100,000. Menurutnya, siasatan kemudian mendapati suami mangsa yang berusia 60-an, disyaki mengambil dokumen serta barang kemas berkenaan tanpa pengetahuan isterinya. Katanya, polis menahan suami wanita itu dan selepas disoal siasat, dia mengaku mengambil semua barangan berkenaan. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 28/08/2012 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan