Berita Harian: Mutakhir |
Penganggur tawar khidmat seks dipenjara empat bulan Posted: 24 Aug 2012 02:29 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan menawarkan perkhidmatan seks kepada seorang anggota polis, Rabu lalu. Majistret Azmil Muntapha Abas memerintahkan Thung Siew Wan, 47, menjalani hukuman penjara itu dari tarikh dia ditangkap 22 Ogos lalu. Thung didakwa menawarkan perkhidmatan seks bagi maksud persundalan kepada Koperal Abd Rashid Jamaludin, 30, dari cawangan D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di hadapan RHB Bank, Jalan Bukit Bintang, Dang Wangi di sini pada 10 malam 22 Ogos lalu.Dia didakwa mengikut Seksyen 372(B) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S.Malini Anne manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Di mahkamah sama, seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menipu seorang ahli perniagaan dari India membabitkan RM96,000, Selasa lalu. Kee Jit Tong, 58, didakwa bersubahat dengan Simon Choo yang masih bebas menipu N.Govindan dengan mendorong beliau menyerahkan RM96,000 untuk tujuan menukar kepada wang mata wang asing yang mana Govindan tidak akan menyerahkan wang terbabit jika tahu diperdayakan. Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda dan sebat, jika sabit kesalahan. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Tan Siew Ping menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin namun peguam Jason Singh yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan kepada RM3,000. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 September untuk tarikh sebutan. - BERNAMA |
Breivik dipenjara 21 tahun kerana bunuh 77 orang Posted: 24 Aug 2012 02:01 AM PDT OSLO: Mahkamah Oslo di sini hari ini mendapati Anders Behring Breivik bersalah "atas tindakan ganas" dan menjatuhkan hukuman penjara 21 tahun dan boleh ditambah berikutan perbuatannya membunuh 77 orang tahun lalu. Lima hakim sebulat suara mendapati Breivik siuman, keputusan yang selaras dengan kehendak ektremis berhaluan kanan sekali gus menamatkan perbicaraan 10 minggu bagi kes serangan yang meninggalkan kesan trauma amat mendalam kepada Norway dan mengejutkan dunia. Breivik membunuh lapan orang dalam letupan di Oslo dan membunuh 69 orang lain kebanyakannya remaja pada perjumpaan Parti Buruh di sebuah pulau pada 22 Julai 2011. - AFP |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan