Khamis, 23 Ogos 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Lelaki sangat dikehendaki

Posted: 22 Aug 2012 12:17 PM PDT

GEORGETOWN: Polis giat mengesan seorang lelaki yang melarikan diri ketika dibawa menjalani rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas cuba membunuh kekasihnya dengan menolak wanita itu dari tingkat enam sebuah pangsapuri, di sini, 4 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, suspek dikenali sebagai M Kumarasingam, 27, beralamat di No 73, Jalan Seri Indah 2, Taman Seri Indah, Bagan Serai, Perak, cuba melarikan diri dari tempat kejadian sebelum ditahan orang ramai.


Menurutnya, suspek yang mengalami kecederaan pada muka dan kaki dibawa ke HPP untuk rawatan, tetapi berjaya meloloskan diri dan tidak dapat dikesan sehingga kini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 307, Kanun Keseksaan iaitu cuba membunuh serta Seksyen 224, kanun sama kerana melarikan diri dalam tahanan polis," katanya.


Difahamkan, suspek juga sangat dikehendaki polis kerana terbabit dua kes penipuan di Port Dickson dan dibawa menjalani rawatan dalam keadaan tangan bergari.


Bagaimanapun, ketika doktor meminta membuka gari untuk memudahkan pemeriksaan, suspek mengambil kesempatan melarikan diri.

Difahamkan, suspek sanggup bertindak di luar kawalan dengan menolak kekasihnya itu kerana wanita terbabit meminta hubungan mereka diputuskan.


Sehubungan itu, polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di talian 04-2181822 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Artikel ini disiarkan pada : 23/08/2012


Derita ketagih steroid

Posted: 22 Aug 2012 12:17 PM PDT

ALOR SETAR: "Saya menyesal mengambil pil steroid berlebihan tanpa nasihat doktor kerana mahu lebih bertenaga memandangkan sebelum ini pernah mengalami sakit lutut dan sendi akibat penyakit urat saraf yang dialami lebih setahun lalu.

"Kesannya, saya menanggung derita apabila ketagih steroid dan badan akan menggigil dan menjadi lemah serta hilang selera makan jika gagal mengambil pil ini setiap hari," kata seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Syima, 28.

Syima berkata, dia dikesan mengidap Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) iaitu penyakit kronik yang boleh merebak ke beberapa bahagian tubuh seperti sendi, kulit, buah pinggang, jantung, paru-paru, saluran darah dan otak.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 23/08/2012


Tiada ulasan:

Catat Ulasan