Harian Metro: Setempat |
Posted: 30 Aug 2012 12:10 PM PDT KUALA LUMPUR: Dua beranak sempat terjun melalui tingkap setinggi 10 meter untuk menyelamatkan diri selepas kediaman mereka di bangunan tiga tingkat di Jalan Tun HS Lee, di sini, terbakar, petang semalam. Dalam kejadian jam 3.50 petang itu, anak lelaki mangsa berusia 40-an terjun dahulu sebelum meminta bantuan orang ramai menyelamatkan ibunya berusia 60 tahun.
"Saya nampak seorang wanita berusaha untuk terjun manakala beberapa orang lagi sedang meletakkan kusyen untuk dijadikan alas di bawah bagi membolehkan warga emas itu terjun dengan selamat," katanya.
"Ketika pasukan bomba dan penyelamat tiba, kedua-dua mangsa yang terperangkap sudah diselamatkan dengan bantuan orang ramai dan difahamkan mereka cedera ringan serta dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL)," katanya.
"Pasukan bomba mengambil masa setengah jam untuk mengawal api daripada merebak ke bangunan berhampiran dan api dipadamkan sepenuhnya jam 4.30 petang.
Artikel ini disiarkan pada : 31/08/2012 |
Posted: 30 Aug 2012 12:06 PM PDT SHAH ALAM: "Sayu hati bila tengok baju raya yang baru sekali saya pakai terbakar. Api marak terlalu pantas menyebabkan saya dan anak tidak sempat berbuat apa-apa," keluh Nuriah Dolman, 63, yang masih terkejut apabila sebahagian rumahnya musnah dalam kebakaran di Jalan Tukas, Seksyen 18, di sini, petang kelmarin. Dalam kejadian jam 7.15 petang itu, rumah teres dua tingkat yang dihuninya sejak 25 tahun lalu bersama arwah suami dan empat anak hampir musnah dan kerugian dianggarkan mencecah RM100,000.
Menurutnya, sebelum kejadian, dia berada dalam bilik air apabila terdengar letupan kuat dari dapur.
Nuriah berkata, tidak sampai seminit, api merebak ke seluruh bahagian dapur sehingga memusnahkan semua perkakas elektrik menyebabkan dia dan anaknya tidak dapat berbuat apa-apa.
Menurutnya, setelah selesai memasak juadah untuk suaminya, dia mematikan api dapur dan terdengar bunyi seperti daun kering terbakar.
Artikel ini disiarkan pada : 31/08/2012 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan