Sabtu, 11 Ogos 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Cemas terkurung

Posted: 11 Aug 2012 02:27 PM PDT

Penumpang kepanasan terperangkap dalam monorel lebih sejam

Kuala Lumpur: Seramai 183 penumpang yang bersesak di dalam dua gerabak monorel panik apabila terperangkap lebih sejam sehingga ada cuba memecahkan cermin tingkap dan pintu gerabak untuk menyelamatkan diri.

Dapatkan naskhah BH Ahad hari ini untuk berita lanjut

Bajet 2013 fokus kurang hutang negara

Posted: 11 Aug 2012 02:26 PM PDT

Ipoh: Draf pertama Bajet 2013 memberi fokus mengurangkan hutang negara, selain melonjakkan ekonomi pada peringkat lebih tinggi dan meringankan beban rakyat berikutan kenaikan kos hidup.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata usaha mengurangkan hutang negara antara perkara utama kerajaan dalam komponen perbelanjaan mengurus, sekali gus dapat mengurangkan beban negara.

"Kos mengurus kita semakin meningkat kerana dalam perbelanjaan mengurus ada perbelanjaan tetap seperti emolumen, pembayaran pencen dan pembayaran hutang negara.

"Hutang negara sekarang sudah capai kepada 53 peratus daripada GDP (Keluaran Dalam Negara Kasar), jadi kita melihat bagaimana kita nak mengurangkan hutang negara ini. - Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan Kedua

Kurang hutang negara

"Hutang negara sekarang sudah capai kepada 53 peratus daripada GDP (Keluaran Dalam Negara Kasar), jadi kita melihat bagaimana kita nak mengurangkan hutang negara ini.

Cari kaedah berkesan

"Kita ada beberapa kaedah yang sedang dilihat. Jika kita dapat kurangkan hutang bermakna dalam konteks perbelanjaan tetap membabitkan hutang ini akan dapat dikurangkan," katanya di sini, semalam.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun sebelum itu meraikan 230 anak yatim daripada lima pertubuhan kebajikan memilih pakaian raya disumbangkan Pejabat Ahli Parlimen Tambun di pasar raya besar Mydin di Manjoi.

Ahmad Husni berkata, pihaknya akan terus mengemaskini draf Bajet 2013 dari segi input yang diperoleh hingga ke peringkat akhir iaitu beberapa hari sebelum tarikh pembentangan bajet.

"Kita mahu Bajet 2013 ini dapat melonjakkan ekonomi negara pada peringkat lebih tinggi, di samping membantu rakyat terutama dalam konteks kenaikan harga yang berlaku di seluruh dunia," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan