Jumaat, 31 Ogos 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Gajah liar musnahkan tanaman sawit 500 peneroka Sungai Tekam Utara di Pahang

Posted: 31 Aug 2012 03:07 AM PDT

JERANTUT: Lebih 500 peneroka Felda Sungai Tekam Utara di sini berada dalam kebimbangan berikutan sekumpulan 10 ekor gajah liar dikatakan sering menceroboh ladang sawit mereka.

Penduduk mendakwa kumpulan haiwan itu mula menceroboh ladang mereka sejak Januari lepas dan hingga kini lebih 2,000 pokok sawit matang dan baru ditanam semula, musnah akibat serangan gajah itu membabitkan kerugian lebih RM300,000.

Seorang peneroka, Mohamad Zin Jaafar berkata kejadian terbaru berlaku tiga hari lepas dengan kumpulan gajah itu menceroboh dan memusnahkan 50 anak pokok sawit yang baru ditanam.

Haiwan itu memakan daun dan umbut sawit serta mencabut anak sawit yang baru ditanam dan sehingga kini, katanya sambil memberitahu bahawa beliau kerugian lebih RM120,000 apabila 100 pokok sawit miliknya dimusnahkan, sejak awal tahun.


Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Sungai Tekam Utara, Mohd Rashid Abas berkata peneroka menggunakan pelbagai cara termasuk menggali parit, memasang kawat berduri dan elektrik serta menyalakan unggun api bagi mengusir gajah itu.


Malah, katanya pihak pengurusan rancangan Felda, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan peneroka yang mengawal dan meronda turut gagal mencegah kumpulan haiwan itu daripada menceroboh ke tanah rancangan berkenaan.

Beliau berkata satu dialog dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) akan diadakan minggu depan bagi mencari kaedah terbaik menangani masalah itu.

"Selagi haiwan itu tidak ditangkap atau dipindahkan, peneroka takut untuk ke ladang kerana bimbang bertembung dengan kumpulan haiwan itu yang boleh mengancam keselamatan mereka," katanya. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 31/08/2012


Penjaga tempat letak kereta dibunuh di Besut

Posted: 31 Aug 2012 02:13 AM PDT

BESUT: Seorang penjaga tempat letak kereta persendirian ditemui mati dibunuh di satu kawasan terpencil di hujung Kampung Gong Manok, dekat Kuala Besut di sini, petang semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Faiza Jaafar, 27, berasal dari Kampung Beris Lampu, Kuala Besut dekat sini dipercayai diseksa sebelum dibunuh berdasarkan kesan tetakan senjata tajam serta kelaran di bahagian kaki dan belakang pinggang mangsa.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Zakaria berkata mayat mangsa yang merupakan duda beranak satu, ditemui salah seorang ahli keluarganya pada 2.40 petang selepas hampir dua jam kehilangannya.

"Mayat mangsa ditemui dalam keadaan duduk terlentang di satu kawasan sawah padi.


"Mangsa dipercayai mati akibat tetakan di bahagian lutut kirinya hingga hampir putus, betis kiri dan di belakang bahagian pinggang," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini, hari ini.


Polis percaya mangsa dibunuh antara 5 petang hingga 9 malam Rabu lalu, katanya.

Menurutnya pihak polis masih menjalankan siasatan terperinci dan kini sedang memburu beberapa suspek berdasarkan barang-barang kes yang dijumpai.

Orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menghubungi Inspektor Rozaimi Abd Rahim di talian 09-6956222 untuk sebarang maklumat.

Dalam perkembangan lain, Kamaruddin berkata siasatan terhadap kejadian pecah masuk Kedai Emas Sri Kelantan di Kuala Besut kelmarin dipercayai membabitkan suspek warga asing selepas cap jari dikesan di pintu dan peti besi.

Dalam kejadian itu tuan punya kedai dilaporkan kerugian RM250,000 apabila barang kemas yang disimpan dalam peti besi itu lesap dilarikan penjenayah. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 31/08/2012


Tiada ulasan:

Catat Ulasan