Harian Metro: Mutakhir |
10 penuntut Politeknik Dungun nyaris maut bas rempuh kedai makan Posted: 30 Aug 2012 04:05 AM PDT DUNGUN: Sepuluh penuntut Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin nyaris maut setelah sebuah bas ekspres merempuh rumah kedai dan kedai menjual barangan basah di kilometer 84.5 Jalan Kuantan-Kuala Terengganu, Jalan Batu 7 berhadapan politeknik itu di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira 11.15 pagi, kesemua pelajar diploma jurusan Kejuruteraan Elektrik tahun pertama itu baru hendak menikmati makanan di kedai berkenaan. Menceritakan detik-detik cemas itu, pelajar Azizul Hakimi Ibrahim, 18, berkata ketika kejadian, kesemua mereka berada di bahagian luar kedai dan mendengar bunyi bising serta teriakan daripada anak peniaga berkenaan. "Ketika berpaling, kami lihat sebuah bas meluncur laju ke arah kedai tempat duduk kami dan masing-masing cepat melompat lari menyelamatkan diri daripada dirempuh bas berkenaan," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.
"Ketika itu, saya yang panik terus menjerit dan suruh rakan lain selamatkan diri," katanya. Akibat rempuhan itu, kesemua pelajar terbabit dihantar ke Hospital Dungun kerana mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki, tangan, kepala dan muka kerana dihempap kayu bangunan itu. Sementara itu, pemilik kedai, Wan Maznah Wan Abdullah, 51, berkata ketika kejadian, dia sedang memasak di dapur apabila tiba-tiba terdengar anak perempuannya menjerit. Dia lantas keluar dan tergamam melihat sebuah bas dari arah Kemaman menghala ke Kuala Terengganu itu melanggar kedainya. "Ketika kejadian, kira-kira 30 pelanggan saya sedang makan sebelum dikejutkan rempuhan kuat dari bas berkenaan. "Saya bersyukur kejadian ini tidak melibatkan kecederaan yang parah kepada pelanggan serta anggota keluarga saya," katanya. Ketua Polis Daerah Dungun Supt Dahlan Mohd Noor ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian dan berkata kejadian berpunca daripada masalah brek bas yang dipandu Zahri Muda, 39. "Pemandu bas itu cedera ringan manakala pemandu dan penumpang kereta Honda Civic tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya. - Bernama Artikel ini disiarkan pada : 30/08/2012 |
Nenek ditahan dera cucu di Sandakan Posted: 30 Aug 2012 03:13 AM PDT SANDAKAN: Polis di sini semalam menahan seorang perempuan yang disyaki mendera cucu lelakinya. Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata perempuan berusia 56 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan dari pihak hospital di sini, tempat kanak-kanak itu menerima rawatan. Menurut laporan awal, mangsa didera di rumah yang didiami bersama neneknya di Sri Taman dekat sini, kata Rowell, hari ini. Rowell yang tidak mendedahkan umur mangsa berkata perempuan itu direman untuk siasatan lanjut. - Bernama Artikel ini disiarkan pada : 30/08/2012 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan