Harian Metro: Setempat |
Posted: 27 Aug 2012 11:56 AM PDT JOHOR BAHRU: "Ia bagaikan 15 minit paling malang dalam hidup saya. Saya bukan saja ditikam dan kereta dilarikan, malah tiga lelaki yang menawarkan diri untuk membantu sebenarnya mahu menyamun, menyebabkan saya nekad terjun semasa kereta bergerak," kata mangsa samun, M Kamal, 30, semalam. Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 6.10 pagi Sabtu lalu, dia dalam perjalanan ke tempat kerja di Singapura sebelum singgah di sebuah stesen minyak di Jalan Tebrau, di sini. Katanya, ketika mahu mengisi petrol pada Proton Waja miliknya, seorang lelaki berjaket hitam menghampiri dan bertanya sama ada dia berasal dari Melaka, memandangkan keretanya menggunakan nombor pendaftaran negeri itu. Selepas menjawab dia adalah penduduk Johor, katanya, dia cuba memasuki kereta kerana bimbangkan keselamatannya. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 28/08/2012 |
Posted: 27 Aug 2012 11:35 AM PDT SHAH ALAM: Malang berganda bagi empat lelaki apabila mereka bukan saja gagal menyamun seorang wanita di Taman Paling Jaya, Semenyih, di sini, malah mereka kemudian ditahan polis kurang dua jam selepas kejadian itu di Plaza Tol Sungai Ramal di sini, awal pagi kelmarin. Semua mereka yang menaiki kereta Perodua Myvi kelabu ditahan di kawasan plaza tol berkenaan kira-kira jam 2 pagi oleh sepasukan polis selepas menerima laporan daripada mangsa berusia 45 tahun yang juga peniaga sebuah kedai makanan.
Katanya, dua daripada suspek kemudian keluar darikereta dan menghampiri kereta yang dinaiki mangsa sebelum memecahkan cermin tingkap kereta mangsa dipercayai untuk menyamun barangan berharga miliknya.
Mangsa dan ahli keluarganya bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dan barangan berharga dan wang tunai tidak berjaya dilarikan suspek.
"Sebaik berjaya memintas kereta berkenaan, polis kemudian berjaya menahan kesemua suspek dan hasil pemeriksaan polis menemui dua bilah parang, pisau dan besi kuku kambing," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 28/08/2012 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan