Berita Harian: Nasional |
Inovasi baru bina rumah lebih murah Posted: 21 Aug 2012 04:28 PM PDT Putrajaya: Kerajaan sedang menimbang memperkenalkan konsep pembinaan rumah asas yang hanya dilengkapi dapur dan bilik air bagi membolehkan lebih ramai rakyat memiliki kediaman sendiri. Selain dapur dan bilik air, rumah asas atau eno frills homef itu juga akan dilengkapi sistem pendawaian elektrik dan paip, serta tiada dinding untuk ruang tamu atau bilik tidur. Rumah itu yang kosnya dijangka 30 peratus lebih murah daripada harga rumah sekarang, membolehkan pembeli mengubah suai ruang dalam rumah mengikut cita rasa dan keperluan masing-masing.Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini |
Kaji semula milikan hartanah warga asing Posted: 21 Aug 2012 04:08 PM PDT Ipoh: Kerajaan perlu mengkaji semula dasar pemilikan hartanah oleh warga asing bagi membendung kenaikan berterusan harga rumah sehingga sukar dibeli rakyat tempatan. Pengarah Urusan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh, berkata walaupun dasar itu baik untuk pembangunan sektor hartanah tetapi ia boleh memberi impak negatif kepada usaha kerajaan untuk memastikan rakyat tempatan memiliki rumah sendiri. Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan