Isnin, 20 Ogos 2012

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Beri amaran lepas gagal curi

Posted: 12 Aug 2012 03:38 PM PDT

RAWANG: Berang gagal memecah masuk dua rumah untuk mencuri, sekumpulan 10 lelaki bersenjatakan pedang samurai dan parang memberi amaran untuk datang semula dalam kejadian di Perumahan Primulan serta Julian, Bandar Tasik Puteri, di sini.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi, 2 Ogos lalu, kumpulan terbabit memberikan amaran berkenaan kepada sebuah keluarga selepas mereka terserempak suspek yang cuba memecah masuk rumah itu.


Menceritakan semula insiden berkenaan, mangsa, Romzi Ismail, 45, berkata, ketika kejadian, dia tidur sebelum terdengar jeritan isterinya.

"Pemeriksaan mendapati pintu rumah terbuka sebelum melihat beberapa lelaki bertopeng dengan bersenjatakan parang dan pedang samurai berada di pekarangan rumah.


"Ketika itu, saya dan isteri melihat beberapa lagi lelaki cuba memecah masuk rumah jiran," katanya ketika ditemui, kelmarin.


Menurutnya, biarpun kejadian itu disedari dia dan isteri, kumpulan terbabit langsung tidak melarikan diri sebaliknya berhimpun di hadapan rumahnya sambil mengangkat parang dan pedang samurai seperti memberi amaran kepada mereka.

Katanya, jiran yang datang sebaik mengetahui kejadian itu melihat kumpulan terbabit berjalan bersahaja tanpa rasa takut sebelum menghilangkan diri di dalam ladang kelapa sawit kira-kira 100 meter dari taman itu.


"Sekarang, kami sekeluarga begitu takut untuk tinggal di rumah kerana bimbang kumpulan itu datang lagi.

"Malah, kami juga memilih untuk tidak berada di rumah pada waktu siang kerana takut dengan ancaman berkenaan," katanya.


Katanya, keadaan itu diburukkan lagi dengan beberapa siri cubaan dipercayai kumpulan sama yang dilihat penduduk setempat berlegar-legar di hadapan rumahnya.

Artikel ini disiarkan pada : 20/08/2012


Nyaris maut dek cinta terlarang

Posted: 12 Aug 2012 02:59 PM PDT

SUBANG JAYA: Padah menjalin hubungan sulit dengan isteri orang, seorang lelaki nyaris maut selepas dibelasah suami teman wanitanya bersama lapan rakan dalam kejadian di sebuah tapak pembinaan di Bukit Puchong, di sini.

Lelaki berusia 33 tahun dan mempunyai empat anak itu bagaimanapun melepaskan diri dengan berlari meredah ladang kelapa sawit lebih 40 minit sebelum mendapatkan bantuan untuk menghubungi polis.


Menurut sumber, dalam kejadian jam 3 pagi, 5 Ogos lalu, mangsa tidur di rumahnya di Bukit Puchong ketika menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki dikenali mengarahkannya keluar kerana dia menunggu di luar pagar rumah teresnya.

Katanya, sebaik saja mangsa membuka pintu pagar, lelaki itu dan rakan-rakannya membelasah mangsa sebelum diangkat masuk dalam kereta.


"Dalam keadaan separuh sedar, mangsa dibawa ke beberapa tempat sebelum tiba di satu kawasan tapak pembinaan yang dikelilingi kelapa sawit jam 12.30 tengah hari dan ditinggalkan dalam kereta bersama seorang daripada lelaki terbabit untuk menjaganya.


"Mangsa melarikan diri ketika lelaki yang menjaganya leka bercakap dengan rakan lain," katanya.

Sumber berkata, mangsa berlari tanpa henti selama 40 minit sebelum menemui jalan raya dan menahan kenderaan yang melalui jalan berkenaan untuk mendapatkan bantuan.


Menurutnya, sebuah kereta peronda polis kemudian tiba untuk membawa mangsa ke Balai Polis Salak Tinggi, sebelum dibawa ke Hospital Serdang (HS) untuk mendapatkan rawatan.

Artikel ini disiarkan pada : 20/08/2012


Tiada ulasan:

Catat Ulasan