Harian Metro: Setempat |
Posted: 17 Aug 2012 04:17 PM PDT PELABUHAN KLANG: Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Itulah perumpamaan menggambarkan pengorbanan sepasang suami isteri di Kampung Sungai Sireh Tambahan Dua, di sini, dalam usaha merawat anak sulung perempuan mereka berusia lima tahun yang menghidap ketumbuhan dalam otak sejak setahun lalu. Walaupun hidup dalam serba kekurangan, Nor Azizah Saidin, 36, dan suami, Idaruzi Samsudin, 38, tetap berusaha mencari dana untuk merawat Alleya Rumaiesyah yang kini memerlukan rawatan susulan radioterapi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak dua bulan lalu.
"Masa berpantang saya dihabiskan untuk menjaga Alleya yang memerlukan penjaga sepanjang dia berada di HKL. Dalam masa yang sama saya perlu berulang-alik ke rumah untuk menjaga tiga lagi anak berusia sebulan hingga empat tahun kerana tiada penjaga.
Katanya, pada Mac lalu, Alleya menjalani pembedahan untuk memasukkan tiub menghubungkan otak hingga perut bertujuan menghalang daripada sebarang jenis cecair bertakung di saraf tunjang otak.
"Pendapatan suami yang bekerja sebagai pengawal keselamatan sebanyak RM1,500 sebulan memang tak cukup," katanya. Nor Azizah mengakui perasaan malunya sudah hilang apabila sering meminta derma serta ihsan sama ada daripada keluarga terdekat, individu perseorangan serta institusi zakat kerana dia perlu memperuntukkan kira-kira RM100 sehari membabitkan kos pengangkutan awam dan keperluan anaknya.
Artikel ini disiarkan pada : 18/08/2012 |
Posted: 17 Aug 2012 04:06 PM PDT KUALA LIPIS: Seorang gadis hanya mampu menahan linangan air mata selepas melihat abang kandungnya maut di depan mata selepas motosikal dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan, di Kilometer 22, Jalan Lipis-Merapoh, dekat sini, pagi semalam. Dalam kejadian jam 10.45 pagi, mangsa, Amir Shariff Suhaimi, 17, yang tinggal di Merapoh, dekat sini, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, ketika kejadian mangsa bersama adiknya menaiki motosikal dalam perjalanan dari Kuala Lipis ke Merapoh sambil dipercayai mengekori rapat sebuah motosikal lain dari arah sama.
"Susulan kejadian terbabit, pemandu pacuan empat roda berkenaan bertindak melarikan diri dari tempat kejadian sebelum mayat mangsa dibawa ke HKL untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Katanya, sehingga kini pemandu kenderaan pacuan empat roda yang melanggar mangsa masih belum membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit dan polis meminta saksi bebas tampil di Balai Polis Trafik bagi membantu siasatan. Artikel ini disiarkan pada : 18/08/2012 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan