Ahad, 19 Ogos 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Kualiti udara baik di seluruh negara: JAS

Posted: 18 Aug 2012 10:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di seluruh negara secara am dilaporkan baik hari ini berikutan tiada kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat.

Menurut kenyataan Jabatan Alam Sekitar, setakat 11 pagi ini, bacaan IPU di 16 lokasi menunjukkan kualiti udara berada pada tahap baik dan 35 pada tahap sederhana.

JAS menyatakan kualiti udara di beberapa kawasan di sebelah utara dan pantai barat Semenanjung hari ini juga bertambah baik berbanding semalam.

Bagaimanapun, kualiti udara masih belum stabil kerana cuaca panas berterusan di rantau ini menyebabkan berlakunya aktiviti kebakaran tempatan dan peningkatan bilangan titik panas di Sumatera, Indonesia.


Sehingga semalam, bilangan titik panas di Sumatera masih tinggi iaitu 341 berbanding 581 titik panas pada hari sebelum itu.

Artikel ini disiarkan pada : 19/08/2012


Gempa bumi kuat gegar Sulawesi, Indonesia

Posted: 18 Aug 2012 10:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter berlaku di Sulawesi, Indonesia pada 5.41 petang semalam.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa terletak 56 kilometer di
tenggara Palu, Indonesia dan 645 kilometer tenggara Sarikei, Sarawak.


Bagaimanapun, tidak ada ancaman tsunami dilaporkan. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 19/08/2012


Tiada ulasan:

Catat Ulasan