Rabu, 22 Ogos 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


4 pemandu lori minyak ditahan seleweng diesel bersubsidi

Posted: 22 Aug 2012 05:02 AM PDT

BESUT: Empat lelaki termasuk tiga pemandu lori tangki milik syarikat minyak di negara ini, ditahan, hari ini, kerana dipercayai menyelewengkan diesel yang sepatutnya dihantar ke stesen minyak di Kelantan.

Mereka yang berusia antara 40 hingga 50 tahun itu ditahan dalam satu operasi
di Kampung Lak Lok dekat sini, membabitkan pasukan dari Kementerian Perdagangan

Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta polis Besut.

Timbalan Pengarah Pejabat KPDNKK Terengganu Ab Ghani Harun berkata tiga

pemandu lori yang membawa muatan diesel dari Kuantan, Pahang dijadual
menghantar bekalan ke enam stesen minyak di Kelantan.


"Cara mereka seleweng ialah dengan tidak menurunkan semua bekalan di stesen
minyak terbabit dan menjual lebihan itu kepada pengusaha lori tangki
persendirian yang turut ditangkap hari ini," katanya.

Ketika ditangkap keempat-empat suspek sedang memindahkan lebihan minyak
berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : 22/08/2012


Lelaki parah ditembak selepas serang polis

Posted: 22 Aug 2012 04:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai anggota kumpulan samseng cedera ditembak selepas menyerang pasukan polis yang cuba menahannya kerana terbabit dalam pergaduhan di sebuah pangsapuri di Pandan Perdana, dekat sini, Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintenden Md Nazri Zawawi, berkata
sebelum itu polis menerima laporan mengenai pergaduhan dua kumpulan di kawasan

pangsapuri berkenaan 1.15 pagi sebelum menghantar sepasukan lapan anggota ke
tempat kejadian.

"Menyedari kehadiran polis, suspek dan empat lagi rakannya menaiki Hyundai untuk melarikan diri sebelum dikejar pasukan polis yang kemudian mengesan mereka di Tasik Permai," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Md Nazri berkata, kelima-lima suspek berumur 26 hingga 30 tahun itu kemudian
meluru keluar daripada kereta cuba menyerang anggota polis menggunakan parang,
pisau pemotong daging dan besi.

"Mereka memecahkan cermin hadapan kereta polis dan dalam situasi cemas
itu, polis melepaskan dua das tembakan ke arah seorang daripada mereka. Suspek
yang cedera itu dihantar ke Hospital Ampang dan kini dalam keadaan kritikal,"
katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 22/08/2012


Tiada ulasan:

Catat Ulasan