Harian Metro: Setempat |
Tauke ‘restoran terbaik’ terpedaya Posted: 28 Aug 2012 11:46 AM PDT KUALA LUMPUR: Empat pengusaha restoran makanan Cina berputih mata selepas mendakwa ditipu dua lelaki mengaku wartawan sebuah agensi penyiaran swasta membabitkan kerugian hampir RM20,000. Seorang daripada mangsa, Leong Man Fai, 43, berkata, dia didatangi dua lelaki memakai jaket yang tertulis 'media' di bahagian belakang serta memakai tali kad identiti agensi berkenaan jam 12 tengah hari di restorannya di Plaza Kasturi, di Cheras, pada 21 Mac lalu.
"Mereka juga memberikan laman web mereka untuk meyakinkan saya pertandingan itu wujud, di samping itu mereka menyuruh saya membuat bayaran RM11,800 sebagai kos pendaftaran pertandingan dan kos iklan.
Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan Awam MCA, Datuk Seri Micheal Chong berkata, pihaknya menerima pengesahan daripada agensi penyiaran yang kononnya diwakili suspek, bagaimanapun mereka menafikan ada menganjurkan sebarang pertandingan seperti didakwa. Artikel ini disiarkan pada : 29/08/2012 |
Lelaki bawa pistol pecut kereta Posted: 28 Aug 2012 11:43 AM PDT SHAH ALAM: Taktik seorang lelaki sengaja melengah-lengahkan pemeriksaan polis terhadap dirinya kerana bimbang 'rahsia' membawa sepucuk pistol bersama sembilan peluru terbongkar ketika diperiksa di Jalan Subang, di sini, 18 Ogos lalu. Pistol jenis semiautomatik bersama tujuh peluru bersaiz sembilan milimeter (mm) itu ditemui dalam beg sandang milik suspek. Bagaimanapun, suspek memecut keretanya sebelum terbabas. Suspek ditahan petang kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, curiga dengan kereta terbabit, anggota MPV berkenaan mengekori sebelum mengarahkan suspek berhenti.
Artikel ini disiarkan pada : 29/08/2012 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan