Selasa, 21 Ogos 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Warga asing ‘raya’ lain

Posted: 20 Aug 2012 01:56 PM PDT

KUALA LUMPUR: Cuti umum semalam 'dimanfaatkan' sepenuhnya segelintir warga asing dengan menjadikan rumah pelacuran di Lorong Pudu, Jalan Changkat Tong Shin dan Jalan Thambipillay, Brickfields, di sini sebagai lokasi tumpuan.

Tinjauan dua jam Harian Metro bermula jam 12 tengah hari mendapati hampir semua lorong hanyir itu dipenuhi warga asing, kebanyakannya dipercayai buruh kontrak terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh, Nepal dan Vietnam.

Kebanyakan mereka yang datang secara individu atau berkumpulan dilihat terlebih dulu membeli ubat kuat yang dijual di kaki lima sebelum masuk ke rumah tumpangan untuk melampias nafsu.

Malah, wartawan Harian Metro yang menyamar sebagai pelanggan di Lorong Pudu tergamam seolah-olah ada pesta di situ berikutan kesesakan luar biasa membabitkan kehadiran begitu ramai lelaki warga asing itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 21/08/2012


Anak lemas jatuh tali air

Posted: 20 Aug 2012 01:55 PM PDT

PENDANG: Sambutan Syawal buat sebuah keluarga bertukar suram apabila anak keempat daripada lima beradik ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam tali air Sungai Mati di Kampung Kuala Lanjut, Mukim Lesong, di sini, kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 10 pagi apabila motosikal Honda EX5 ditunggangi Mohamad Aziz Mehad, 21, yang turut dibonceng anak saudara, Mohd Khairul Azhar Mohd Saman, 3, dalam perjalanan pulang dari kedai runcit berhampiran, sebelum terbabas dan terjunam ke dalam tali air sedalam, kira-kira satu meter.


Bagaimanapun, Khairul hanya terjatuh di tebing tali air itu dan tidak mengalami sebarang kecederaan kerana sempat diselamatkan penduduk kampung.

Abang mangsa, Mohd Nizam, 26, berkata sebelum kejadian, arwah meminjam motosikalnya untuk mengunjungi rumah rakan sempena Aidilfitri sebelum ke kedai berhampiran bagi membeli makanan ringan buat keluarga di rumah.


Bagaimanapun, katanya, kira-kira 15 minit selepas itu, beberapa penduduk kampung memaklumkan arwah ditemui lemas di dalam tali air terbabit.


"Sebaik tiba di tali air kira-kira satu kilometer dari rumah, saya melihat arwah sudah diangkat ke tebing oleh penduduk kampung sebelum saya menahan sebuah kereta bagi menghantarnya ke hospital.

"Saya tidak mengetahui sama ada arwah masih bernyawa atau tidak kerana badannya sangat sejuk sepanjang memangkunya hingga sampai ke hospital," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.

Artikel ini disiarkan pada : 21/08/2012


Tiada ulasan:

Catat Ulasan