Berita Harian: Nasional |
Posted: 26 Aug 2012 04:01 PM PDT SchoolTrac kesan pergerakan pelajar Sekolah dan ibu bapa kini tidak perlu bimbang pelajar ponteng sekolah jika menggunakan produk Schooltrac yang akan mengirim maklumat pergerakan murid dan anak mereka menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel. Menerusi sistem itu, murid akan dibekalkan dengan kad pelajar SchoolTrac menggunakan frekuensi radio yang mampu mengesan pergerakan keluar masuk murid melalui pagar sekolah ketika waktu persekolahan.Sistem dalam talian Kad Schooltrac mengandungi cip dan disambungkan serta dipantau terus ke pusat data sekolah untuk memaklumkan guru dan penjaga mengenai status kehadiran pelajar menerusi emel atau SMS. Produk itu diperkenalkan di negara ini oleh sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) tempatan, ABRA Corp Sdn Bhd yang menggunakan sistem dalam talian. Ia dapat memantau status kehadiran pelajar,selain merekodkan kehadiran pelajar di sekolah. Pengarah Projek ABRA Corp, Mohd Shahril Mahmud, berkata ibu bapa akan menerima SMS atau e-mel daripada pusat data setiap kali pelajar memasuki atau keluar dari sekolah pada masa sebenar dalam tempoh satu atau dua saat. Setakat ini, 20 sekolah sekitar Lembah Klang bekerjasama dengan ABRA Corp untuk menggunakan peranti SchoolTrac. "SchoolTrac juga alat yang boleh mengurangkan penggunaan kertas kerana semua maklumat kehadiran dicatatkan secara automatik dalam komputer menerusi pancaran sistem produk berkenaan. "Ia menggunakan teknologi Korea tetapi penyelidikan dan pembangunan (R&D) dilaksanakan di Malaysia oleh ABRA Corp sendiri," katanya. Mohd Shahril berkata, pada masa ini pihaknya sedang berunding dengan Kementerian Pelajaran untuk menggunakan SchoolTrac di semua sekolah di seluruh negara. "Kami mengharapkan SchoolTrac akan terus berkembang menerusi kerjasama dengan kementerian," katanya. ABRA Corp menetapkan sasaran langganan di sebanyak 200 sekolah di Lembah Klang dalam tempoh setahun. INFO Schooltrac |
Posted: 26 Aug 2012 03:40 PM PDT Tidak semua perubahan membawa kebaikan: Najib Pekan: Rakyat disaran tidak menggadai kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan yang dinikmati sekarang dengan melakukan 'perubahan' menukar kerajaan yang belum pasti membawa kebaikan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat berhati-hati kerana bukan semua perubahan memberi kejayaan lebih besar dan memberi manfaat, terutama kepada generasi muda bagi tempoh jangka panjang.Beliau berkata, rakyat sepatutnya terus bergantung harap kepada kerajaan yang boleh membawa lebih banyak kemakmuran dan menambah baik pembangunan serta memacu lebih banyak kemajuan demi kebajikan mereka. "Rakyat perlu berpegang kepada sesuatu yang sudah terbukti berjaya. Ada perubahan bukan membawa kebaikan dan lebih membimbangkan ia membawa sesuatu yang tidak dijangka serta lebih buruk daripada apa yang kita jangka. "Insya-Allah kita akan membawa perubahan dengan menambah baik kesinambungan yang dilakukan pemimpin terdahulu," katanya pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri, di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, di sini semalam. Waspada janji pembangkang Beliau berkata, ia berbeza dengan Barisan Nasional (BN) dan rakyat boleh menilai sendiri pelbagai perubahan sejak pemerintahan Tunku Abdul Rahman hingga sekarang. "Kita tidak boleh letak kepercayaan kepada pihak yang cuba tonjolkan diri sebagai alternatif yang lebih baik daripada kita kerana sudah 55 tahun kita menerajui negara dan membawa banyak perubahan demi kebaikan rakyat," katanya. Selain itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan BN akan meneruskan kesinambungan perjuangan pemimpin sebelum ini bagi menambah nilai dan membina perubahan yang lebih baik untuk mencapai Wawasan 2020. Katanya, kerajaan sedar bahawa jika tidak berbuat demikian ia boleh menyebabkan ekonomi negara merudum seperti yang dihadapi beberapa negara maju, termasuk Sepanyol. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan