Isnin, 20 Ogos 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Rakyat Malaysia kurang prihatin dalam mengibarkan Jalur Gemilang

Posted: 20 Aug 2012 02:51 AM PDT


KUALA LUMPUR: Meskipun sambutan Hari Kemerdekaan akan berlangsung tidak lama lagi, ramai rakyat Malaysia di ibu negara masih tidak mengibarkan Jalur Gemilang di rumah kediaman dan premis perniagaan mereka.
Tinjauan di kawasan Wangsa Maju, Setapak, Sentul, Dataran Merdeka dan Lebuh Ampang mendapati beberapa kawasan perumahan dan premis perniagaan tidak mengibarkan Jalur Gemilang walaupun jalan raya penuh dihiasi dengan bendera kebangsaan itu. Keadaan itu sekali gus menggambarkan sikap tidak prihatin masyarakat terhadap sambutan Hari Kemerdekaan.

Seorang pemandu teksi, K Kalyanasundaram yang memandu teksi selama 26 tahun, berkata sikap orang ramai yang hanya mengharapkan pemberian percuma Jalur Gemilang amat dikesali kerana perbuatan itu tidak mempunyai semangat patriotik dan mereka kurang menghayati erti kemerdekaan.

"Sebagai tanda cinta kepada negara, rakyat perlu mengambil peluang untuk mengibarkan Jalur Gemilang bagi menghargai kemerdekaan yang dinikmati selama ini," katanya.

Seorang suri rumah, Hasniah Ibrahim pula berkata, semangat patriotism dalam generasi muda amat penting memandangkan mereka adalah golongan pelapis yang bakal mewarnai masa depan pembangunan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial.
"Kita sebagai rakyat Malaysia harus mengibarkan Jalur Gemilang sama ada di rumah mahupun premis perniagaan sebagai tanda menghayati kemerdekaan yang kita menikmati sekarang," katanya kepada pemberita semasa ditemui, di Dataran Merdeka.

Hasniah berkata, inilah masanya bagi rakyat Malaysia untuk mengenang kembali jasa tokoh yang berjuang untuk kemerdekaan tanah air.

-- BERNAMA

Malaysia sertai negara lain sambut ulang tahun Mahatma Gandhi 2 Oktober

Posted: 20 Aug 2012 12:33 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]SHAH ALAM: Malaysia akan menyertai negara lain di dunia menyambut ulang tahun kelahiran Mahatma Gandhi ke-143 tahun ini sempena Hari Tanpa Keganasan Antarabangsa di Royal Lake Club pada 2 Oktober, kata Pengerusi Gandhi Memorial Trust (GMT), S Radhakrishnan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan