Jumaat, 24 Disember 2010

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Terengganu sekali lagi ungguli keputusan PMR

Posted:

Terengganu sekali lagi ungguli keputusan PMR

Terengganu sekali lagi ungguli keputusan PMR

KUALA TERENGGANU 23 Dis. - Terengganu sekali lagi mengungguli keputusan Penilaian Menengah Rendah apabila 1,746 calon atau 7.81 peratus memperoleh A dalam semua mata pelajaran pada tahun ini.

Jumlah tersebut meningkat sebanyak 0.69 peratus selain pencapaian minimum D juga meningkat sebanyak 3.85 peratus daripada 63.38 peratus pada 2009 kepada 67.24 peratus pada tahun ini.

Pengarah Pelajaran negeri, Razali Daud berkata, keputusan PMR tahun ini mencatatkan pencapaian yang sangat memberangsangkan apabila Nilai Gred Purata Negeri (GPN) turut meningkat kepada 2.58 berbanding 2.60 tahun lalu dan ia mengatasi GPN Nasional iaitu 2.74.

Katanya, sebanyak 25 buah sekolah (19.4 peratus) daripada 129 buah mencapai nilai Gred Purata Sekolah (GPS) kurang daripada 1.80.

"Pada tahun ini sebanyak 14 daripada 129 buah sekolah (10.9 peratus) memperoleh keputusan 100 peratus berbanding tahun lalu iaitu 12 buah sekolah sahaja.

"Pada tahun ini Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Kuala Berang, Hulu Terengganu merupakan sekolah terbaik seluruh negeri dengan mencatatkan nilai GPS 1.03," katanya pada sidang akhbar mengumumkan keputusan PMR 2010 di sini, hari ini.

Sekolah lain di daerah ini yang mencatat keputusan 100 peratus calon lulus ialah SM Sains Sultan Mahmud; SM Imtiaz Kuala Terengganu; Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI), Batu Rakit; Sekolah Menengah Agama (SMA) Sultan Zainal Abidin manakala dari daerah Kemaman pula Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mak Lagam dan SMK Chukai.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Capai peratusan tertinggi dalam lima tahun

Posted:

Capai peratusan tertinggi dalam lima tahun

Capai peratusan tertinggi dalam lima tahun

KOTA BHARU 23 Dis. - Program strategik Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan Pelan Strategik Pendidikan Negeri Kelantan (3PK) 2006-2010 telah membuahkan hasil.

Ini terbukti apabila jumlah calon yang mencatatkan keputusan semua A pada Penilaian Menengah Rendah (PMR) meningkat sebanyak 6.76 peratus peratus iaitu 2,023 calon pada tahun ini berbanding hanya 1,510 pada 2009.

Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Hussain Awang berkata, peningkatan pencapaian itu merupakan peratus kecemerlangan tertinggi dalam tempoh lima tahun dan selari dengan apa yang terkandung dalam pelan strategik PIPP.

Beliau berkata, dari aspek gred purata negeri pada tahun 2010 ialah 2.61 berbanding 2.71 pada tahun lepas dan ia jelas menunjukkan peningkatan gred purata sebanyak 0.10 peratus.

"Sebanyak 12 buah sekolah yang mendapat peratus kelulusan 100 peratus berbanding hanya 10 buah pada tahun lepas manakala 62 buah sekolah lagi pula mencatatkan peningkatan peratus kelulusan," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Jabatan Pelajaran Negeri di sini, hari ini.

Sekolah terbabit ialah, Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra; Sekolah Menengah Sains Machang; Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bachok; SMK Agama Melor; SMK Agama Naim Lil Banat; SMK Tok Bachok; Maktab Sultan Ismail; SMK Zainab I; SMK Dato Perdana, Bachok; SMK Kubang Bemban, Pasir Mas dan SMK Dato Ahmad Maher.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan