Selasa, 21 Disember 2010

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Ringan beban pembeli rumah

Posted:

Ringan beban pembeli rumah

Ringan beban pembeli rumah

Oleh Roslah Othman
kota@utusan.com.my


Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (dua dari kiri) meraikan kemenangan peserta 'Jom Bayar dan Menang' bagi Mac 2010 sambil diperhatikan oleh Datuk Ahmad Phesal Talib (kiri) di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/ABDUL NAZIR MOHAMED


KUALA LUMPUR 21 Dis. - Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memutuskan untuk meluluskan beberapa pengecualian kepada pembeli unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi membantu memudahkan proses penjualan rumah berkenaan.

Sebanyak 29,562 pembeli unit PPR dan 14,584 pembeli unit PA akan menikmati pengecualian melibatkan beberapa bayaran yang terpaksa ditanggung mereka sebelum ini. Antaranya, kos kebenaran pindah milik tanah, kos kebenaran menggadai, kos penyerahan pindah milik, kos permohonan hak milik strata dan kos pendaftaran dan pengeluaran hak milik strata.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, langkah mengenakan pengecualian kepada golongan terlibat sebenarnya banyak dibantu jumlah kutipan hasil yang didapati meningkat berbanding tahun sebelumnya.

Ujarnya, setakat 15 Disember 2010, pungutan hasil yang telah dibuat berjumlah RM396 juta berbanding sasaran ditetapkan iaitu RM221 juta.

"Saya percaya langkah PTGWP memperkenalkan insentif dan promosi bayaran kepada pemilik tanah serta pemaju-pemaju projek pembangunan di wilayah ini pada tahun 2010 telah mendorong mereka untuk menunaikan tanggungjawab membayar cukai tepat pada masanya.

"Begitu juga dengan usaha penambahbaikan sistem penyampaian khidmat pelanggan yang dilakukan dari semasa ke semasa," ujarnya selepas melancarkan insentif cukai tanah 'Jom Bayar dan Menang 2011' dan 1hari Daftar Urusniaga Tanah di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Setiausaha KWPKB, Datuk Ahmad Phesal Talib dan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTGWP KL), Hasim Ismail.

Raja Nong Cik berkata, dengan pengecualian ini bermakna seseorang pembeli rumah PPR atau PA yang merupakan golongan berpendapatan rendah akan menikmati penjimatan kos sebanyak RM390 bagi setiap unit rumah.

Selain itu, PTGWP KL melalui jawatankuasa sama juga berkemungkinan mempertimbangkan permohonan bagi pemegang Lesen Menduduki Sementara (LMS) yang lama untuk memiliki tanah secara tetap dan boleh digunakan untuk pembangunan bagi industri atau ekonomi yang bersesuaian.

Beliau berkata, usaha ini perlu dicontohi agensi-agensi kerajaan lain bagi memudah dan melicinkan lagi perkhidmatan serta dapat memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.

Pada majlis sama, Raja Nong Chik turut menyampaikan hadiah kepada 11 pemenang cabutan bertuah 'Jom Bayar dan Menang' bagi cabutan bulan Mac 2010.

Insentif cukai tanah yang diperkenalkan itu akan diteruskan lagi pada tahun 2011 dengan turut menawarkan pelbagai hadiah lumayan termasuk hadiah utama, kereta Proton Saga BLM.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Isu air: Ketepi perbezaan fahaman politik

Posted:

Isu air: Ketepi perbezaan fahaman politik

Isu air: Ketepi perbezaan fahaman politik

PUTRAJAYA 21 Dis. - Perbezaan fahaman politik di antara kerajaan negeri Selangor dan Persekutuan perlu diketepikan bagi menyelesaikan isu penstrukturan bekalan air di negeri tersebut.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, campur tangan politik dalam proses rundingan urusan penstrukturan semula bekalan air di negeri itu tidak akan membawa sebarang kemajuan dan pembaharuan.

"Saya sentiasa memberikan kerjasama kepada perbincangan rundingan penstrukturan bekalan air ini.

"Jangan pandang ia sebagai masalah kerana perkara ini perlu diselesaikan secara rasional dan hal politik perlu diketepikan jika hendak maju ke depan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis perjumpaan bersama warga Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Loo Took Gee.

Sementara itu, Fah Kui berkata, pihaknya tidak menghalang hasrat kerajaan negeri untuk mengambil alih syarikat konsesi air di Selangor sekiranya mereka mampu berbuat demikian.

"Pihak kerajaan negeri boleh meneruskan usaha mereka untuk mengambil alih kesemua syarikat konsesi air yang ada tetapi perlulah berdasarkan prinsip sedia beli, sedia jual," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau mengingatkan syarikat konsesi supaya bersiap sedia untuk menghadapi masalah mendapatkan sumber kewangan menyenggara struktur kemudahan seperti saluran paip dan termasuk upah pekerja.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, pihaknya pernah mencadangkan agar syarikat-syarikat konsesi tersebut diberikan pinjaman bagi memastikan operasi pembekalan air dapat berjalan seperti biasa tanpa sebarang masalah.

Beliau berharap isu penstrukturan semula perkhidmatan air Selangor itu akan dapat diselesaikan pada tahun depan dan tidak terus berlanjutan.

Empat syarikat konsesi air itu ialah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Puncak Niaga Sdn. Bhd. (PNSB), Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (Splash) dan Konsortium ABASS Sdn. Bhd. (ABASS).

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan