Jumaat, 24 Disember 2010

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Slip periksa lunyai bawah lori

Posted: 23 Dec 2010 11:56 AM PST

NGERI...mayat Siti Aisyah dihempap tayar lori pasir yang terbalik, tengah hari, semalam.
NGERI...mayat Siti Aisyah dihempap tayar lori pasir yang terbalik, tengah hari, semalam.

KOTA BHARU: Seorang pelajar tingkatan tiga tidak sempat menunjukkan kepada ayahnya keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang baru diambilnya di sekolah apabila dia mati dalam keadaan mengerikan, selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Simpang Tiga Kok Lanas, Selising, Pasir Puteh, semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, Siti Aisyah Zakaria, 15, yang membonceng motosikal ditunggang ibunya, Aziza Musa, 42, dirempuh lori pasir ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Banggol Chica, Kok Lanas, menyebabkan dua beranak itu terbunuh.

Akibat kejadian itu, Siti Aisyah terjatuh daripada motosikal sebelum dihempap kepala kanan lori berkenaan manakala ibunya tercampak atas jalan. Kedua-dua mereka mati di tempat kejadian.

Ayah Siti Aisyah, Zakaria Mohamad, 43, berkata, beberapa hari lalu dia memaklumkan kepada keluarganya untuk bercuti di Perdana Resort sambil mandi kolam pada Sabtu ini dan sudah pun membuat tempahan.


"Kami merancang bercuti di situ, tetapi kini semuanya tinggal kenangan apabila isteri dan anak yang menjadi harapan saya sudah pergi meninggalkan saya.


"Apa pun, saya reda dengan apa yang berlaku kerana sudah begini ketentuan takdir," katanya ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, dekat sini, semalam.

Menurutnya, kejadian itu memang mengejutkan kerana isterinya tidak menunjukkan sebarang perubahan, manakala Siti Aisyah, anak kedua daripada enam beradik nampak rajin dan ceria.

Kata Zakaria, kejadian malang menimpa isteri dan anaknya itu diketahuinya selepas dihubungi peniaga di kawasan berkenaan selepas melihat kemalangan itu.

"Saya yang ketika itu berada di Kem Desa Pahlawan Kok Lanas kerana berurusan menghantar baju sukan bergegas menunggang motosikal yang jaraknya dua kilometer dari lokasi kejadian.

"Ketika itu, saya lihat kepala Siti Aisyah berada dekat dengan tayar belakang lori berkenaan, manakala isteri terlentang di tepi jalan berkenaan," katanya.

Zakaria berkata, mayat isteri dan anak dibawa dengan kenderaan polis ke HUSM Kubang Kerian untuk dibedah siasat.

Katanya, sebelum itu, isterinya yang juga pembantu kewangan di Kem Desa Pahlawan pulang menjemput anaknya bagi mengambil keputusan PMR di Sekolah Menengah Maahad Shamsul Maarif Perempuan, dekat Pulai Chondong, Machang.

"Saya hanya mengetahui keputusan PMR Siti Aisyah selepas dimaklumkan pihak sekolah dia memperoleh 4A 1B dan 1C," katanya yang juga pesara tentera.

Menurutnya, jenazah isteri dan anaknya dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tasik, Rantau Panjang, pada lewat malam atau pagi ini.

Hasil perkongsian hidup bersama arwah isterinya, Zakaria dikurniakan enam anak, masing-masing tiga lelaki dan perempuan berusia antara tujuh hingga 16 tahun.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, kejadian berlaku apabila lori yang dipandu lelaki berusia 40-an hilang kawalan dan akibatnya kenderaan berat itu terbalik.

"Siti Aisyah cedera teruk di kepala dan anggota badan manakala Aziza cedera parah di kepala.

"Dalam kemalangan sama, Proton Persona dan dua Proton Wira remuk di bahagian depan serta belakang, tetapi pemandunya tidak mengalami kecederaan dan kejadian disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro, Metro Ahad sah nombor 1

Posted: 23 Dec 2010 11:35 AM PST

KUALA LUMPUR: Harian Metro (HM) dan Metro Ahad (MA) mengesahkan kedudukannya sebagai akhbar nombor satu negara dengan masing-masing mencatatkan purata jualan 398,354 naskhah dan 457,331 naskhah dalam tempoh enam bulan dari Januari hingga Jun 2010.

Menurut laporan terkini dikeluarkan firma penyelidikan Audit Bureau Circulation (ABC), jumlah purata jualan HM meningkat 39,678 naskhah daripada 358,676 naskhah bagi tempoh enam bulan sebelum itu.

Dalam tempoh kajian, MA pula mencatatkan kenaikan 51,825 naskhah daripada 405,506 naskhah sebelum itu, mengatasi saingan terdekatnya Mingguan Malaysia yang mencatatkan jualan purata 373,905 naskhah dalam tempoh sama.

Laporan ABC itu juga menunjukkan edaran akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily menokok dengan purata peningkatan 383,549 naskhah sehari berbanding 378,045 naskhah sehari, manakala China Press meningkat kepada 161,794 (159,896).


Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar berkata, pencapaian cemerlang HM yang akan menyambut ulang tahun ke-20 Mac tahun depan adalah

berikutan penyiaran pelbagai berita yang dapat mencuri tumpuan masyarakat.

"Berita mengenai masyarakat termasuk isu sosial, jenayah, mahkamah dan setempat yang dimuatkan dalam HM dan MA menyebabkan ia terus menjadi perhatian dan pilihan masyarakat.

"Malah, dengan menggabungkan gaya menarik dan paparan penuh maklumat, HM dan MA muncul sebagai akhbar paling digemari dengan lebih tiga juta pembaca setiap hari selepas hampir 20 tahun melalui pelbagai cabaran," katanya.

Dalam perkembangan sama, jualan purata akhbar Kosmo mencatatkan penurunan kecil daripada 172,253 naskhah sehari dalam tempoh enam bulan berakhir 31 Disember 2009 kepada 172,251 naskhah sehari dalam tempoh kajian, manakala Kosmo Ahad meningkat kepada 176,977 naskhah sehari berbanding 175,256 naskhah bagi tempoh enam bulan sebelumnya.

Akhbar Berita Minggu pula mencacatkan peningkatan daripada 230,539 kepada 231,925 naskhah, manakala Mingguan Malaysia turut mencatatkan kenaikan 3,484 naskhah daripada 370,421 naskhah dalam tempoh enam bulan berakhir 30 Jun lalu.

Dalam tempoh kajian, beberapa akhbar arus perdana lain turut menunjukkan peningkatan jualan termasuk Berita Harian.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan