Selasa, 2 April 2013

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


PRU-13: Zambry menghadap Raja Dr. Nazrin petang ini

Posted: 02 Apr 2013 10:14 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Dr. M memaafkan perancang pembunuhan beliau

Posted: 02 Apr 2013 09:48 PM PDT

Oleh KHAIRULANUAR YAHYA

Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Toh Puan Siti Hasmah Mohd. Ali menerima kunjungan Zainol Ismail (tiga kanan) dan ulama-ulama pondok, di pejabat Yayasan Kepimpinan Perdana, di Putrajaya hari ini. - UTUSAN ONLINE

PUTRAJAYA 3 April - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini memaafkan bekas aktivis Pas, Zainol Ismail atau C.N. Al-Afghani yang merancang untuk membunuh beliau ketika menjadi Perdana Menteri.

Permohonan maaf bekas ahli seumur hidup Pas yang turut dikenali sebagai Cikgu Non itu dilakukan di pejabat Dr. Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Saya terimalah, tanpa syarat, saya bersyukur dia sedar, saya tidak kira pasal dia nak bunuh saya. Saya bersyukur dan senang kerana dia sedar akan kesalahan parti Pas mengkafirkan orang lain," kata Dr. Mahathir.

Dalam pertemuan kira-kira sejam yang turut diserta kepimpinan ulama Pondok itu, Zainon menyatakan bahawa perancangan pembunuhan negarawan tersebut dilakukan kerana taksub dengan Amanat Haji Hadi yang mengkafirkan UMNO dan percaya bahawa bekas Perdana Menteri itu benar-benar bukan Islam.

Dr. Mahathir berkata, beliau bersyukur kerana kini ramai yang telah sedar akan kesalahan mereka dan telah meminta maaf terhadap beliau termasuk Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim, Datuk Zulkefli Nordin dan Mursyidul Am Tibai, Muhammad Zahid Md. Arib.

Saya melihat ramai kini mendapati pendapat mereka dahulu tidak kena. Pengikut Anwar begitu, pengikut Pas pun begitu. Apabila mereka dekat dengan pemimpin-pemimpin pembangkang ini mereka dapat lihat kesalahan mereka, justeru mereka keluar parti.

Banyak orang yang dulu mencaci dan memaki saya, sekarang mendapati pendirian mereka tidak kena. Saya sendiri tidak paksa siapa-siapa minta maaf... syukur mereka sedar," kata Dr. Mahathir.

Sementara itu, Zainon berasa lega kerana berpeluang meminta maaf kepada bekas Perdana Menteri itu.

Saya sebagai orang Islam, seperti mana kata Tun, orang Islam kena berdamai. Bila saya minta maaf dengan dia, saya telah melaksanakan tugas saya dan Tun pun dah telah memaafkan saya. Alhamdulillah saya lega. Memang saya tahu sikap Tun, itulah sikap dia (yang sudi memaafkan)," katanya. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan