Isnin, 15 April 2013

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Mustafa perlu buat laporan polis

Posted: 15 Apr 2013 01:05 PM PDT

Oleh Radhuan Hussain
utusanterengganu@utusan.com.my

MUSTAFA ALI

KUALA TERENGGANU 15 April - Lajnah Tatatertib Pas menasihatkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali supaya membuat laporan polis terhadap penyebaran video seks yang didakwa telah menjatuhkan maruah pemimpin tersebut.

Pengerusi Lajnah, Datuk Wan Mutalib Embong berkata, pihaknya hanya boleh memainkan peranan dalam isu video seks itu sekiranya menerima aduan atau laporan polis daripada individu yang terbabit.

Katanya, Mustafa perlu segera membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan seterusnya terutama dari sudut perundangan diambil.

"Beliau (Mustafa) perlu buat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan, ini pandangan sayalah. Beliau boleh buat laporan polis antaranya kerana dakwaan terhadapnya telah menjatuhkan maruahnya.

"Ikut perundangan dan tatatertib, kalau beliau mendapati telah difitnah, beliau boleh ambil tindakan undang-undang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Wan Mutalib menyatakan perkara itu sebagai reaksi kepada kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din agar Lajnah Tatatertib Pas memainkan peranan dalam isu rakaman video seks berkenaan yang kini tersebar di internet.

Dr. Haron berkata, lajnah berkenaan yang diketuai Wan Mutalib perlu melihat sekiranya wajar atau sebaliknya kes tersebut dibawa untuk perhatian kepimpinan tertinggi parti.

Diminta mengulas lanjut, Wan Mutalib berkata: "Memang betul, saya sebagai Pengerusi Lajnah akan bertindak sebagai hakim yang akan menjatuhkan hukuman tetapi dari segi undang-undang dan tatatertib, kena ada orang yang bawa kes, barulah boleh bicara.

"Kalau nak disiplinkan orang, mestilah ada peraturannya. Ada prosedurnya yang perlu dipatuhi, bermula dengan aduan, siasatan dijalankan dan dipanggil ke jawatankuasa tatatertib untuk proses selanjutnya sebelum akhirnya, saya yang akan beritahu arahan (hukuman)."

Wan Mutalib yang enggan mengulas lanjut berkaitan isu tersebut walau bagaimanapun berkata, beliau hanya mengetahui tentang video itu setelah disiarkan oleh media.

Buktikan rakaman video fitnah

Posted: 15 Apr 2013 01:05 PM PDT

KUALA LUMPUR 15 April - Pas perlu membuktikan rakaman video seks yang didakwa membabitkan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali sebagai satu fitnah atau video palsu bagi membersihkan imej Islam parti itu dan mengembalikan sokongan ahli di peringkat akar umbi.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, sebagai parti yang menggunakan label Islam, Pas perlu segera membuat laporan polis bagi menjaga kredibilitinya di samping melakukan siasatan dalaman bagi menyiasat dakwaan mengenai penglibatan Mustafa.

"Video ini sudah tersebar di seluruh dunia melalui internet dan Lajnah Tatatertib Pas tidak boleh hanya berdiam diri tanpa memanggil Mustafa memberikan penjelasan kerana sudah menjejaskan imej Pas.

"Ada juga cakap-cakap mengatakan video itu di antara Mustafa dengan isteri keduanya, jadi adakah jawatankuasa (disiplin Pas) hanya mahu menunggu Mustafa mengemukakan surat nikahnya, jika benar seperti didakwa.

"Sikap jawatankuasa ini yang hanya berdiam diri tidak boleh diterima kerana keadaan ini tidak adil kepada Mustafa jika dia difitnah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din meminta Lajnah Tatatertib Pas yang diketuai Datuk Wan Mutalib Embong meneliti sama ada kes tersebut wajar dibawa untuk perhatian kepimpinan tertinggi parti atau disiasat.

Bagaimanapun Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis di Kota Samarahan, Sarawak semalam mendakwa video tersebut tidak tulen kerana Mustafa sudah beberapa tahun sakit lutut dan terpaksa solat secara duduk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan