Rabu, 24 April 2013

Utusan Online - Politik

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


DAP tetap bantah hudud

Posted: 24 Apr 2013 11:57 AM PDT

Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI
pengarang@utusan.com.my

Haron Din, Karpal Singh

PULAU PINANG 24 April - Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan beliau tetap dengan pendiriannya yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan hukum berkenaan di negara ini.

Katanya, hudud tidak boleh dilaksanakan kerana mengikut Perlembagaan tidak ada apa-apa peruntukan yang menunjukkan Malaysia adalah sebuah negara Islam.

Dalam tahun 1988, lima hakim kanan Mahkamah Agung yang diketuai Tun Salleh Abas ketika itu telah memutuskan undang-undang yang terpakai dalam negara adalah undang-undang sekular.

Jadi mana boleh dalam satu negara ada dua undang-undang. DAP menghormati apa yang terkandung dalam perlembagaan, oleh itu undang-undang Islam boleh diletakan di bawah kuasa Raja-Raja Melayu sahaja," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang bertegas mahu melaksanakan hudud sekiranya pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Sementara itu di Arau, mengulas perkara tersebut, Haron mengulangi ketegasannya untuk melaksanakan hukum hudud sekiranya pakatan pembangkang memerintah negara ini.

Menurut beliau, pendiriannya itu mengambil kira hukum hudud sebagai asas dalam perundangan Islam.

Sebagaimana solat, ia perlu dilaksanakan," kata beliau selepas merasmikan Pesta Wau Kampung Kenangan, Simpang Empat dekat sini hari ini.

Mengulas lanjut, Haron berkata, sekiranya pakatan pembangkang mendapat mandat memerintah negara ini, isu tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat khas pakatan berkenaan.

Sehubungan itu, beliau tidak mahu membuat kenyataan lanjut dalam media massa berhubung isu tersebut untuk mengelakkan perbalahan dalam kalangan pemimpin pakatan berkenaan.

Hudud: Nik Aziz sokong Haron Din

Posted: 24 Apr 2013 11:57 AM PDT

NIK Abdul Aziz Nik Mat melihat model Projek Pembangunan Bercampur Taman Iman Jaya, Wakaf Che Yeh, di Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU 24 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong kenyataan Timbalannya, Datuk Dr. Haron Din bahawa parti itu tetap akan melaksanakan hukum hudud sekiranya pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), walaupun mendapat tentangan daripada DAP.

Nik Abdul Aziz berkata, Pas tetap yakin boleh melaksanakan hukum berkenaan sekiranya menawan Putrajaya, kerana hudud adalah untuk orang Islam, manakala bukan Islam ada cara lain.

"Hukum hudud ini jelas dalam agama Islam, sokong atau tidak sokong ia adalah asam garam daripada al-Quran sendiri. Walaupun mendapat tentangan DAP, hudud ini kita buat pada (orang) Islam sahaja dan dia (hukum hudud) ini akan diluluskan oleh satu badan yang kita panggil kehakiman bukannya daripada orang politik.

"Badan kehakiman ada syarat-syarat dia, tak cukup syarat dia maka turun hudud kepada takzir, cukup syarat dia baru guna hudud, itulah sudah direkod, sudah ditulis sejak bertahun-tahun dulu," katanya.

Beliau berkata demikian pada pemberita selepas merasmikan projek pembangunan bercampur Taman Iman Jaya, Wakaf Che Yeh di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari melaporkan Pas tetap akan melaksanakan hudud sekiranya pakatan pembangkang memenangi PRU-13 sekalipun mendapat tentangan DAP.

Haron berkata, Pas berpendirian bahawa DAP tampil memohon mengunakan logo Pas, bermakna DAP secara langsung bersetuju dengan dasar yang akan dilaksanakan parti itu.

Namun sebelum itu, Pengerusi DAP, Karpal Singh memberitahu pengunaan lambang Pas tidak bermakna parti tersebut menerima setiap dasar perjuangan Islam.

0 ulasan:

Catat Ulasan