Jumaat, 5 April 2013

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Felda bantu tingkat BI anak peneroka

Posted: 04 Apr 2013 12:57 PM PDT

SUNGKAI 4 April - Yayasan Felda buat julung kalinya menganjurkan program perintis English for Young Learners melibatkan 120 pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Trolak yang dijangka bermula awal bulan ini.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Dr. Emel Faizal Mohd. Mokhtar berkata, program yang mengikut sukatan City & Guilds, United Kingdom (UK) bagi kanak-kanak berusia 9 hingga 13 tahun itu bertujuan memberi keyakinan kepada anak-anak peneroka Felda untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris (BI) dengan baik.

Pihak konsultan, Scye Global Education Sdn. Bhd. akan mengendalikan pembelajaran dan latihan program ini secara percuma, melibatkan empat atau lima orang tenaga pengajar mahir dari luar negara.

Jumlah keseluruhan masa pembelajaran ialah 60 jam dan mengambil masa selama enam bulan iaitu pada setiap hari Khamis dan Jumaat. Pelajar yang lulus dalam peperiksaan tersebut akan dianugerahkan sijil daripada City & Guilds UK," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan siri jelajah program Kami Prihatin anjuran Yayasan Felda di Felda Trolak Selatan dekat sini, baru-baru ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib yang mewakili Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

City & Guilds merupakan badan pentauliahan terkemuka di UK yang menawarkan lebih 500 kelayakan dalam lebih 28 sektor industri melalui 10,000 pusat di 80 buah negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan