Selasa, 16 April 2013

Utusan Online - Politik

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Anwar temui pelanduk 2 serupa?

Posted: 16 Apr 2013 01:43 PM PDT

SD Johari Yasin

KUALA LUMPUR 16 April - Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa mengesahkan sama ada benar dakwaan yang beliau telah menemui seorang individu mirip wajahnya untuk mengaku terlibat dalam semua kegiatan liwat yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Yasin memberitahu, lelaki tersebut didakwa berasal dari Thailand tetapi sedikit muda setelah usaha mencari orang yang memiliki wajah dan umur yang sama dengan Anwar gagal.

Berikut adalah kenyataan penuh SD Johari:

1. Kita difahamkan melalui maklumat dari dalam PKR bahawa Anwar telah berjaya dalam usaha mencari 'pelanduk dua serupa' yang mirip wajahnya. Orang tersebut dikatakan berasal dari Thailand, cuma sedikit muda daripada Anwar. Mereka gagal mencari orang yang sama rupa dan sama umur.

2. Kita juga difahamkan bahawa usaha ini mengambil masa yang lama sebab pelanduk dua serupa tersebut terpaksa melakukan 'plastic surgery' untuk pastikan paras rupa mirip Anwar.

Dengar kata orang Thailand itu akan membuat pengakuan dalam bahasa Thailand bahawa dia yang terlibat dalam semua kegiatan liwat. Anwar juga akan buat dakwaan bahawa UMNO yang bayar orang Thailand tersebut.

3. Anwar juga dipercayai akan menggunakan episod 'pelanduk dua serupa' beliau sebagai case reference untuk menyelamatkan Mustafa Ali. Kita tidak menuduh Anwar apa-apa tetapi hanya meminta Anwar supaya dapat buat pengesahan tentang perkara ini sama ada akan berlaku atau tidak.

Logo PKR gambar mata anak ikan?

Posted: 16 Apr 2013 01:43 PM PDT

Omar Saleh

Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR 16 April - Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli perlu menjelaskan sama ada logo PKR yang digunakan hari ini adalah sebenarnya gambar mata anak ikan atau tidak.

Timbalan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Omar Saleh berkata, Rafizi telah membuka mata semua pihak mengenai perkara tersebut ekoran hasratnya ingin menukar nama National Feedlot Corporation kepada 'National Fish Corporation'.

Berikut adalah kenyataan penuh Omar:

1. Kami amat hairan mengapa Rafizi sehingga kini enggan mengulas mengenai hasratnya untuk menukarkan nama National Feedlot Corporation kepada 'National Fish Corporation'.

Malah, kami juga mendengar bahawa Rafizi telah memulakan program anak ikan secara senyap-senyap, jadi wajar untuk beliau memberikan penjelasan kerana perkara ini telah menjadi teka-teki kepada orang ramai.

2. Selaku calon bagi kerusi Parlimen Pandan, semua orang tempatan ingin mengetahui dari mulut Rafizi sendiri mengenai program anak ikan ini serta sama ada program ini mendapat restu dan sokongan daripada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau tidak?

3. Kami juga ingin tahu, adakah logo serta lambang PKR itu sebenarnya adalah gambar mata anak ikan?

Rafizi telah membuka mata orang ramai bahawa logo PKR itu adalah gambar mata anak ikan.

0 ulasan:

Catat Ulasan