Rabu, 24 April 2013

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


788 kanak-kanak Tadika Kemas terima buku akaun TH

Posted: 23 Apr 2013 12:45 PM PDT

SHAMSUL Anuar Nasarah (10 dari kanan) bersama sebahagian daripada 778 kanak-kanak Tadika Kemas Parlimen Lenggong yang menerima sumbangan buku akaun simpanan Tabung Haji di Kompleks Komuniti Desa Kemas Lenggong, Perak, kelmarin.

LENGGONG 23 April - Seramai 778 kanak-kanak Tadika Kemas menerima buku akaun simpanan Tabung Haji (TH) yang disampaikan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Lenggong, Shamsul Anuar Nasarah di sini semalam.

Shamsul Anuar berkata, pembiayaan dan sumbangan buku akaun simpanan itu adalah antara usaha pihaknya menggalakkan sikap suka menabung dalam kalangan kanak-kanak tadika tersebut.

"Pada masa sama, kita mahu membantu kerajaan untuk meningkatkan kesedaran menyimpan dalam Tabung Haji di kalangan kanak-kanak berkenaan.

"Mereka ini pewaris kepimpinan negara, maka nilai-nilai positif seperti ini perlu kita terapkan ketika mereka masih kecil," katanya selepas menyampaikan buku simpanan berkenaan di Kompleks Komuniti Desa Kemas Lenggong di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Kemas negeri Perak, Ahmad Kamal Idris Mohd. Nawawi dan calon BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kenering, Datuk Tarmizi Idris.

Tambah Shamsul Anuar, pembiayaan dan sumbangan buku akaun simpanan Tabung Haji diharap dapat memberi dorongan serta menanam minat kanak-kanak berkenaan untuk menunaikan ibadat haji suatu hari nanti.

Pada majlis tersebut, beberapa acara lain turut diadakan seperti pertandingan melukis dan mewarna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan