Isnin, 22 April 2013

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


PRU-13: 200 ahli PKR Beaufort keluar parti, sertai BN

Posted: 22 Apr 2013 11:15 PM PDT

BEAFORT 23 April - Seramai 200 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai Abdul Jarih Ukin hari ini bertindak keluar parti dan menyertai Barisan Nasional (BN).

Abdul Jurih merupakan adik kepada penyandang kerusi Parlimen Beaufort, Lajim Ukin.

Beliau yang juga Ketua Cabang PKR Beaufort menyerahkan borang keahlian BN kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis Yayasan Sabah Bersama Rakyat di padang Pekan Kuala Penyu di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

PM lawat Sabah dua hari

Posted: 22 Apr 2013 11:48 AM PDT

KOTA KINABALU 22 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan lawatan rasmi selama dua hari di Sabah bermula esok.

Najib dijangka tiba di Terminal Dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada pukul 10.30 pagi bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dijadual merasmikan Program Yayasan Sabah Bersama Rakyat di Padang Pekan Kuala Penyu di Beaufort.

Beliau kemudiannya akan menghadiri Majlis Bersama Rakyat di Pekan Bongawan dan di Dewan Datuk Musbah di Kota Belud sebelum mengakhiri lawatan hari pertama dengan menghadiri majlis makan malam Gabungan Persatuan Cina Sabah di Dewan Hakka Kota Kinabalu.

Pada keesokan harinya, Perdana Menteri dijadual berlepas ke Tenom dan Keningau untuk menghadiri Majlis Bersama Rakyat di Padang Pekan Tenom dan Kompleks Sukan Keningau.

Najib kemudiannya dijadual mengakhiri lawatan kerja ke Sabah dengan menghadiri Majlis Bersama Rakyat di Dewan Masyarakat Ranau yang dijangka berakhir kira-kira pukul 3 petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan