Isnin, 22 April 2013

Utusan Online - Kota

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


31 peserta 1Azam terima bantuan

Posted: 21 Apr 2013 11:40 AM PDT

KUALA LUMPUR 21 April - Seramai 31 peserta 1Azam menerima bantuan barangan permulaan perniagaan pada Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia @Hati Rakyat (Kar1sma) di sini baru-baru ini.

Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Batu, Datuk Yahaya Mat Ghani berkata, bantuan itu bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah menceburi bidang perniagaan berteraskan konsep keusahawanan sosial dan pendekatan kebajikan produktif.

"Program itu merupakan satu usaha kerajaan bagi membolehkan golongan berpendapatan rendah menjalankan perniagaan melalui pertanian, perniagaan kecil-kecilan serta menawarkan peluang pekerjaan," katanya ketika merasmikan Majlis Sumbangan 1Azam dan Kar1sma di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, daripada 10, 6947 peserta dari seluruh negeri 2,414 adalah dari Kuala Lumpur.

"Daripada jumlah itu, 214 adalah peserta daripada Parlimen Batu,''katanya.

Unilever lancar kempen Hati Merah Jambu

Posted: 21 Apr 2013 11:40 AM PDT

KUALA LUMPUR 21 April - Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd. (Unilever) melancarkan kempen Hati Merah Jambu bagi mengumpul dana untuk Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) selama dua bulan sejak 1 Mac lalu sehingga 30 April ini bersempena Hari Wanita Sedunia.

Pengarah Pembangunan Pelanggan Unilever, Tan Mei Yen berkata, sepanjang tempoh kempen, pelanggan yang membeli barangan Unilever bernilai RM20 atau lebih dalam satu resit layak membeli rantai kunci eksklusif berbentuk hati berwarna merah jambu berharga RM19.90 dengan hanya RM2.90.

"Antara barangan di bawah jenama Unilever adalah Sunsilk, Clear, Lifebuoy, Rexona, Fair & Lovely, Vaseline dan Pond's," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mei Yen berkata melalui kempen itu juga, pelanggan Unilever berpeluang mengambil langkah mudah dalam membuat perubahan besar untuk meningkatkan kesedaran mengenai masalah keganasan terhadap golongan wanita.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif WAO, Ivy Josiah berkata, pihaknya sentiasa berusaha membantu golongan wanita tertindas menerusi aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan.

.

0 ulasan:

Catat Ulasan