Sabtu, 13 April 2013

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Video seks: Hadi nafi Mustafa terlibat, hanya lakonan

Posted: 13 Apr 2013 10:14 PM PDT

Oleh FARHANA JONI

SAMARAHAN 14 April - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini terus menafikan penglibatan Mustafa Ali dengan rakaman video seks yang kini tersebar di internet sebaliknya mendakwa ia hanyalah lakonan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu.

Abdul Hadi turut mendakwa, Setiausaha Agung Pas itu sudah uzur sehinggakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini menunaikan solat secara duduk.

Justeru beliau berkata, mereka yang menghasilkan rakaman tersebut sepatutnya

"menggunakan pelakon yang lebih muda" dan bukannya seperti yang dipaparkan dalam rakaman tersebut. - UTUSAN ONLINE

Buat laporan polis atau letak jawatan

Posted: 13 Apr 2013 11:25 AM PDT

Abdul Halim Hasan (dua dari kiri) dan Johari Teh (tiga dari kiri) serta sebahagian ahli PKR Kedah yang bertindak keluar parti mengangkat tangan dalam majlis penyerahan borang keahlian UMNO di Kulim, semalam.

KULIM 13 April - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali perlu membuat laporan polis berikutan tersebar video seks miripnya dalam internet bagi membuktikan beliau tidak bersalah.

Presiden Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah, Khairul Anuar Ramli berkata, langkah bagi menghentikan pandangan negatif masyarakat yang mendakwa segala aktivitinya kini sudah terbongkar apabila melihat video itu.

"Kalau pemimpin MCA dan MIC yang pernah terlibat dalam video lucah mengakui secara terbuka mengadakan hubungan seks maka pemimpin Pas yang berbuat demikian perlu membuat pengakuan sama dan terus letak jawatan atau membuat laporan polis jika ia adalah tidak benar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Ceramah UMNO Bahagian Padang Serai di Kampung Beka, Merbau Pulas di sini malam tadi.

Khairul Anuar mengulas mengenai penyebaran video membabitkan aksi seorang lelaki yang dikatakan menyerupai Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali di internet sejak semalam.

Pada majlis yang dihadiri hampir 1,000 penduduk itu, seramai 150 ahli dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan Merbau Pulas di sini bertindak keluar dari parti itu untuk menyertai UMNO.

Antara mereka ialah Ketua Cabang PKR Padang Serai, Johari Teh yang menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Serai, Abdul Halim Hasan.

Khairul Anuar berkata, sekiranya Mustafa tidak terlibat dengan perbuatan tersebut maka beliau perlu membersihkan diri daripada terus difitnah dengan cara mengangkat sumpah di masjid.

"Tidak ada sebab pemimpin Pas hendak menyalahkan UMNO dalam hal-hal begini," katanya sambil memberitahu dijangka lebih banyak video lucah akan diedar secara terbuka oleh pihak tertentu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan