Isnin, 1 April 2013

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


PRU-13: Pas terus dicabar debat isu Tabung Memali

Posted: 01 Apr 2013 10:42 AM PDT

Oleh AZMAN MD. NOOR

BALING 2 April - Berikutan sikap pemimpin Pas terus membisu untuk menyatakan kebenaran, bekas ahli Pas seumur hidup, Zainon Ismail mengulangi kenyataannya mencabar mereka berdebat tentang wang Tabung Memali.

Zainon atau nama penanya CN Al-Afghani berkata, Pas perlu menyahut cabaran dengan membuka gelanggang untuk membincangkan tentang penyelewengan wang tabung tersebut yang dianggarkan berjumlah berjuta-juta ringgit.

"Ke mana hilangnya wang Tabung Memali perlu dijawab oleh pemimpin Pas kerana rakyat khususnya mereka yang menderma dari seluruh negara mahu tahu," katanya ketika menyampaikan ceramah di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE

PRU-13: Ketua Pemuda Pas pertahan Khairul Fahmi

Posted: 01 Apr 2013 10:35 AM PDT

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF

KUANTAN 2 April - Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasarudin Hassan Tantawi mempertahankan Penolong Setiausaha 1 sayap parti itu, Khairul Fahmi Mat Som berkaitan kenyataan yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW melalui akaun Twitter @fahmipkg pada 27 Mac lalu.

Nasarudin dalam ceramahnya pada Program Pentas Anak Muda anjuran pakatan pembangkang di Sungai Isap Jaya di sini malam tadi berkata, kenyataan Khairul Fahmi itu sebenarnya ditujukan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang didakwanya sering menabur fitnah.

"Utusan (Utusan Malaysia) spin (pusing) tulisan dia dan katanya Khairul Fahmi hina Rasulullah sehingga kecoh hari ini (semalam).

"Khairul Fahmi bukan hina Rasulullah, dia hina UMNO dan BN. Kerana dakwanya UMNO dan BN ini tahap melakukan fitnah tak kenal orang dah," katanya. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan