Harian Metro: Mutakhir |
Polis serbu kondominium mewah lumpuhkan rangkaian dadah antarabangsa Posted: 10 Aug 2012 04:11 AM PDT KUALA LUMPUR: Sindiket pengedaran dan pemprosesan dadah didalangi warga Iran lumpuh setelah tertangkapnya 21 anggota sindiket itu bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM6 juta dalam lima serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang, semalam. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata dalam serbuan pertama di sebuah kondominium mewah di Mont Kiara, polis menahan empat lelaki warga Iran. Katanya polis merampas dadah jenis syabu seberat 20kg dalam bentuk serbuk, heroin 630g, 65.07 liter cecair syabu yang dipercayai untuk diproses menjadi dadah jenis syabu ketulan kristal serta beberapa bahan kimia untuk tujuan membuat syabu. Beliau berkata susulan itu polis menahan 17 lagi anggota sindiket berkenaan hasil serbuan ke beberapa buah kediaman mewah lain di Cyberjaya, Mont Kiara, Petaling Jaya, Jalan Ipoh dan Bandar Manjalara di Kepong.
Katanya serbuk syabu yang disembunyikan di dalam tin canister tersebut dipercayai dibawa masuk menerusi pelabuhan menggunakan kapal kargo. Beliau berkata beberapa barangan lain turut dirampas dalam serbuan itu antaranya tiga kereta Honda, sebuah Hyundai, Volvo, Land Rover, Mitsubishi dan Mercedez, dua utas jam tangan berjenama, satu komputer riba, sejumlah barang kemas serta wang tunai bernilai RM44,000. Noor Rashid berkata risikan polis mendapati rata-rata anggota sindiket itu telah berada di negara ini sejak beberapa bulan lalu dan menjalankan perniagaan haram untuk sumber pendapatan. "Kesemua suspek kini direman sehingga 16 Ogos dan kes disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan membawa hukuman mati mandatori," katanya. - Bernama Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/10 |
Lelaki parah dibelasah dalam kes samun Posted: 10 Aug 2012 03:37 AM PDT KUANTAN: Seorang lelaki cedera parah dipercayai dibelasah sekumpulan lelaki dalam satu kes samun di kawasan perumahan di Bandar Indera Mahkota, awal pagi tadi. Dalam kejadian 4.30 pagi itu, mangsa, 32, seorang pekerja kilang di kawasan Perindustrian Gebeng, dekat sini ditemui orang awam di tepi jalan di kawasan perumahan berkenaan dalam keadaan berlumuran darah. Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata berdasarkan siasatan awal, mangsa dibelasah seramai empat lelaki yang menaiki dua kereta. "Mangsa yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya dan dihimpit dua kereta terbabit sebelum empat suspek berusia 20-an bertindak menyerang mangsa menggunakan kayu hoki serta batang besi.
"Berdasarkan siasatan awal, mangsa mendakwa tidak mengenali suspek terbabit, bagaimanapun polis masih menyiasat kes berkenaan dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya. - Bernama Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/10 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan