Khamis, 2 Ogos 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Tak putus harap

Posted: 01 Aug 2012 03:20 PM PDT

BACHOK: "Bangunlah Along, emak teringin beraya dengan Along," rintih seorang ibu, Maziah Jusoh, 48, yang terus menaruh harapan supaya anaknya yang terlantar koma akibat dirempuh kereta 13 tahun lalu, kembali sedar untuk menyambut Aidilfitri.

Siti Suzaini Jailani yang kini berusia 20 tahun, koma selepas ditimpa kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat mengaji al-Quran ketika berusia tujuh tahun.

Sejak kejadian itu, zaman kanak-kanak Siti Suzaini atau lebih mesra dengan panggilan Along terus hilang kerana tubuhnya tidak lagi dapat bergerak dan hanya terlantar di tempat tidur.

Maziah berkata, Along hanya menggerakkan mata memerhatikan ahli keluarganya dan setiap kali tiba 1 Syawal sejak 13 tahun lalu, dia sebak melihat nasib anak sulungnya itu.


Menurutnya, sebelum kemalangan menimpanya, Along amat ceria pada Aidilfitri terutama apabila menjamah sate ayam dengan kuah kacang serta air laici kegemarannya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/02


Bas jadi ‘bilik bersalin’

Posted: 01 Aug 2012 03:20 PM PDT

KOTA KINABALU: Seorang ibu muda sarat mengandung yang menempuh perjalanan lebih 400 kilometer untuk berbuka puasa bersama suaminya di bandar raya ini, terpaksa menjadikan bas ekspres dinaikinya 'bilik bersalin' apabila sakit perut sebaik tiba di Terminal Bas Inanam, dekat sini, kelmarin.

Norlyn Ajimula, 28, yang bertolak dari Lahad Datu, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.7 kilogram (kg), kira-kira jam 5.30 petang dan bayi itu dinamakan Dyana Adi, sempena nama bas ekspres dinaiki ibunya, Dyana Express.

Ketika ditemui di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, Norlyn berkata, dia menaiki bas kira-kira jam 9 pagi untuk bertemu suaminya, Adi Mahari, 40, yang bekerja di bandar raya ini.

"Saya tidak mengalami sebarang masalah sehinggalah perut mula berasa sakit ketika bas ini menghampiri pekan Ranau, tetapi sakit berkenaan hilang secara tiba-tiba.


"Saya tidak terfikir untuk bersalin kerana masih terlalu awal selain lama-kelamaan sakit beransur hilang," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/02


Tiada ulasan:

Catat Ulasan