Utusan Online - Muka Hadapan |
Posted: 'Anwar bukan pilihan rakyat'
Soalnya, jika anda nak jadi gay, teruskanlah. Anda tak boleh jadi pemimpin dan gay sekali gus. Di Australia, anda boleh. Di Malaysia, anda kena pilihlah. Kalau nak jadi Perdana Menteri dan gay sekali gus, sudah tentu di Malaysia tak boleh. Ikuti wawancara bersama Raja Petra Kamarudin | ||
Posted: 'Merancang dan bekerja keras'Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL Warga kota membanjiri Dataran Merdeka bagi menyambut Ambang 2012 di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, malam tadi. - BERNAMA KUALA LUMPUR 31 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama dengan kerajaan dalam merealisasikan masa depan yang lebih baik bagi negara. Menurut Perdana Menteri, ia bukanlah sekadar mimpi sebaliknya boleh dirangkul jika seluruh rakyat Malaysia sanggup merancang dengan teliti dan bekerja keras bagi mencapainya. ''Tidak ada yang mustahil jika kita mampu mengimpikannya, sesungguhnya hari-hari yang terbaik kita masih berada di hadapan dan bukannya sudah tinggal dalam lipatan sejarah. ''Selamat tahun Baru 2012," katanya dalam perutusan tahun baru 2012 seperti yang disiarkan menerusi laman blog 1Malaysia di http://www.1malaysia.com.my hari ini. Dalam perutusan yang sama, Najib turut menyifatkan 2011 sebagai tahun yang amat monumental kepada negara kerana ia telah menyaksikan lengkapnya "roll out" inisiatif dasar kerajaan di bawah payung Dasar Transformasi Nasional (2011-2020) dan pengenalan siri keempat Rangka Rancangan Jangka Panjang Negara (RRJP) semenjak ia mula diperkenalkan pada 1971. Kata Najib, Dasar Transformasi Negara yang merupakan komponen terakhir dalam usaha merealisasikan Wawasan Kebangsaan untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020, bermula dengan pelancaran Program Transformasi Kerajaan (GTP). Beliau berkata, ia diikuti dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP) serta pelancaran Model Baru Ekonomi (MBE), Program Transformasi Politik dan Program Transformasi Luar Bandar. ''Kesemua inisiatif dasar itu bukanlah sekadar pengumuman kosong mahupun tidak berpijak pada bumi yang nyata kerana jika dilaksanakan dengan betul dan mengikut jadual, ia akan menyaksikan kemunculan sebuah Malaysia Baru. ''Sebuah negara yang bukan sahaja maju dari segi ekonomi dengan kemakmuran yang dikongsi setiap strata dan segmen rakyat tetapi juga sebuah watan dengan tradisi demokrasi serta perbezaan pendapat yang membina dan membugar," katanya. Dalam masa sama, kata Najib, kerajaan tetap komited dengan program islah dan pembaharuan dalam semua bidang dan aspek kehidupan bernegara kerana ia merupakan kehendak dan aspirasi rakyat yang mahukan kehidupan yang lebih baik untuk mereka dan anak-anak mereka. Kata beliau, ia juga merupakan usaha kerajaan demi generasi masa depan Malaysia yang berhak membesar dalam suasana harapan dan bukannya kemuraman. ''Kita tidak akan tunduk kepada tekanan mana-mana pihak yang mahu menggagalkan matlamat mulia ini," katanya. Begitu pun tambah Najib, kerajaan percaya untuk membina sebuah Malaysia yang baharu, negara tidak boleh terus terperangkap dengan bebanan sejarah lampau. Kerana itu kata beliau, di bawah PTP bagi mengimbangkan Keselamatan Kebangsaan dan Kebebasan Individu seperti yang terjamin dalam Perlembagaan Negara misalnya, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk memansuhkan tiga proklamasi darurat yang berkuatkuasa semenjak lebih empat dekad yang lalu. Dengan semangat yang sama katanya, kerajaan juga telah mengumumkan pemansuhan beberapa Akta yang berkaitan Keselamatan dan Ketenteraman Awam seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Kediaman Terhad, Akta Buang Negeri dan Seksyen 27 Akta Polis yang telah digantikan dengan Akta Perhimpunan Aman 2011. Katanya, langkah itu bagi menjamin kebebasan individu untuk berhimpun secara aman seperti yang diperuntukkan undang-undang tertinggi negara, Perlembagaan Persekutuan. "Usaha ini akan diteruskan dalam sesi Parlimen tahun depan bagi memansuhkan ISA dan membentang rang undang-undang baru yang akan menggantikannya serta meminda AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan," katanya. Full content generated by Get Full RSS. | ||
Posted: Kekalkan perpaduan - TPMKUALA LUMPUR 31 Dis. - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengajak seluruh mengajak rakyat Malaysia untuk terus mengamalkan perpaduan, sikap hormat menghormati antara kaum dan mengukuhkan kerjasama bersesuaian dengan semangat 1Malaysia. Kata Timbalan Perdana Menteri, rakyat Malaysia juga seharusnya berbangga kerana keistimewaan negara yang berupaya mengekalkan serta mengukuhkan kemerdekaan dan keharmonian di kalangan penduduk pelbagai agama, bangsa dan budaya. Justeru kata beliau, perpaduan yang dikecapi itu tidak boleh dipandang mudah kerana tanpa usaha dan persefahaman antara rakyat berbilang kaum dan agama, ia tidak mungkin akan tercapai. ''Marilah kita bersama-sama mengukuhkan yang sedia utuh, merapatkan yang renggang dan meningkatkan persefahaman antara satu sama lain. ''Sesungguhnya perpaduan dan keamanan yang dibina di atas semangat persefahaman dan penerimaan antara kaum adalah pra syarat utama untuk negara kita terus berkembang maju," katanya dalam perutusan sempena sambutan tahun baru 2012 di sini, hari ini. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Muka Hadapan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan