Harian Metro: Setempat |
Persimpangan ‘huru-hara’ Posted: 24 Jan 2012 08:58 AM PST PETALING JAYA: Pengguna yang sering melalui Jalan PJS 8/5 dan PJS 8/8 di Dataran Mentari, Sunway, di sini, berdepan situasi bahaya berikutan simpang empat di jalan berkenaan tiada lampu isyarat. Penduduk, Lee Tim Siew, 42, mendakwa jalan terbabit sentiasa sibuk dengan kenderaan termasuk bas penumpang dan lori berat.
"Pernah sampai satu tahap dengan semua kenderaan berada di tengah jalan berikutan tiada kenderaan yang mahu bertolak ansur membuatkan jalan sesak malah boleh membahayakan nyawa," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Sementara itu, pemilik kedai haiwan yang hanya mahu dikenali sebagai Joshua, 36, berkata kemalangan sudah biasa dilihatnya, tetapi belum sampai meragut nyawa.
"Tindakan segera perlu diambil supaya dapat mengelakkan perkara lebih buruk berlaku," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
Perlu tahu ilmu asas pelaburan Posted: 24 Jan 2012 08:56 AM PST KUALA LUMPUR: Bakal pelabur perlu mempunyai pengetahuan asas dalam pelaburan walaupun ia dibuat melalui ejen bagi mengelakkan mereka tertipu selain menyelidiki syarikat pelaburan yang ingin disertai terlebih dulu terutama jika membabitkan jumlah besar. Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusoff Abdul Rahman, berkata sudah banyak kes penipuan membabitkan skim pelaburan dilaporkan disebabkan bakal pelabur kekurangan ilmu berkaitan skim disertai.
"Tambahan pula jika pelaburan dibuat melalui ejen, selain perlu pastikan ejen yang sah sebaik-baiknya pelabur berurusan dengan pihak yang mengendalikan projek dalam pelaburan berkenaan. Dibimbangi jika pelaburan melalui ejen, ejen itu bukan yang dilantik syarikat pelaburan sebaliknya mengambil kesempatan mengaut keuntungan," katanya.
Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan