Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 26 Jan 2012 12:14 PM PST KUALA LUMPUR: "Bukan mahu mengaibkan dia, tetapi perbuatannya yang tidak bertanggungjawab menyebabkan kami sekeluarga hidup sengsara sejak lapan tahun lalu," kata sepasang suami isteri yang menanggung hutang hampir RM1 juta dan diisytiharkan muflis, didakwa akibat diperdaya seorang penyanyi terkenal. Abang Yusuf Abang Daud, 36, yang juga bekas vokalis kumpulan Baji dan isterinya, Noor Maszura Abu Bakar, 30, mendakwa mereka hidup tertekan selepas diisytiharkan muflis pada 2008 disebabkan penyanyi terbabit gagal menjelaskan pelbagai jenis pinjaman bank berjumlah RM929,503. Noor Maszura berkata, semuanya bermula apabila dia dan suaminya dilantik oleh penyanyi terbabit sebagai pengarah syarikat rakaman miliknya pada Disember 2002.
Menurutnya, pada 2003 penyanyi terbabit membeli sebuah Mercedes Benz berharga lebih RM400,000 diikuti kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima pada tahun sama. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 26 Jan 2012 11:50 AM PST KELIBAT penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat akhirnya kelihatan pada sesi latihan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, petang semalam selepas gagal melaporkan diri tanpa sebarang alasan bersama skuad Olimpik negara kelmarin sehingga menimbulkan keresahan pengendalinya, Ong Kim Swee. Kapten skuad Olimpik negara itu tampil bersemangat menjalani latihan bersama-sama rakan sepasukan lain sebagai persiapan menghadapi aksi kelayakan Olimpik 2012 menentang Bahrain di Manama pada Ahad depan. Ketika ditanya punca sebenar kegagalannya untuk melaporkan diri, Khairul Fahmi menjelaskan mungkin berlaku kesilapan komunikasi antara dirinya, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dan FAM sehingga menyebabkan insiden itu berlaku. "Surat (melapor diri) sampai, namun mungkin terdapat kekeliruan mengenai tarikh sebenar saya perlu menghadirkan diri, sama ada sebelum aksi Liga Super (menentang Kuala Lumpur pada Sabtu) atau selepas itu dan sebagainya," katanya ketika diminta mengulas dengan lebih lanjut kesilapan komunikasi itu. "Saya mendapat pelepasan tengah hari tadi (semalam). Apa yang penting adalah saya sudah hadir di sini dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk terus memberikan fokus untuk aksi ini (menentang Bahrain)," katanya. Dia bagaimanapun menegaskan insiden itu tidak menjejaskan semangatnya untuk terus menabur bakti kepada skuad negara serta pasukan diwakilinya, Kelantan. "Saya hormati kontrak bersama Kelantan selain tugas besar untuk negara yang perlu digalas," katanya yang dijangka pulang ke Kelantan hari ini bagi membantu Red Warriors menentang Kuala Lumpur dalam saingan Liga Super sebelum kembali ke pangkuan skuad Olimpik. Khidmat Khairul Fahmi amat ditagih skuad Olimpik negara dan Kelantan selain skuad senior berikutan ketangkasannya mengawal gawang negara sehingga menjulang Piala AFF 2010 buat kali pertama dan mempertahankan pingat emas Sukan Sea 2011. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan