Rabu, 18 Januari 2012

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Surau di Setapak dikekalkan

Posted:

Surau di Setapak dikekalkan

Surau di Setapak dikekalkan

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
kota@utusan.com.my

PUTRAJAYA 18 Jan. – Syarikat pemaju hartanah, 59 iNC Sdn. Bhd. yang mempunyai hak membangunkan sebidang tanah di Setapak Permai di Setapak, Kuala Lumpur memberi jaminan surau di kawasan tersebut akan dikekalkan.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, jaminan tersebut diperoleh pada perbincangan dengan pihak terbabit di sini, hari ini.

Perbincangan itu turut dihadiri oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail dan Pengarah Urusan 59 iNC, Fadzil Ahmad.

Mengulas lanjut, Fadzil berkata, isu surau itu tercetus disebabkan salah faham antara penduduk dan pemaju yang tidak berbincang terlebih dahulu bentuk pembangunan di kawasan itu.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan semua pihak yang terlibat untuk memperjelaskan secara terperinci isu tersebut dalam masa terdekat.

"Sebenarnya isu ini sengaja diperbesarkan oleh sesetengah pihak walhal pelan pembangunan di kawasan tersebut masih di peringkat awal di mana kami hanya baru menghantar notis pemberitahuan kepada penduduk.

"Dan dalam notis itu kami tidak pernah keluarkan arahan mengosongkan atau merobohkan surau. Jika pembangunan diadakan sekali pun, sebuah lokasi bersesuaian akan dipilih untuk dijadikan (tapak) surau," katanya.

Baru-baru ini, isu pembangunan di Setapak Permai kecoh apabila sekumpulan penduduk dan peniaga mempertahankan sebuah surau dan bengkel di kawasan itu daripada dirobohkan berikutan penerimaan notis yang mereka dakwa arahan mengosongkan premis mereka sebelum 30 Januari ini.

Pengerusi Persatuan Peniaga Putra Damai Setapak, Shahrudin Sapian yang mewakili hampir 70 peniaga di situ kecewa kerana peniaga yang sudah bertapak sejak 1995 diarah meninggalkan kawasan itu tanpa ada sebarang perbincangan.

Sementara itu, ditanya isu bengkel yang diberi notis untuk dikosongkan, katanya, pihaknya akan bertemu dengan pengusaha bengkel tersebut dalam masa terdekat ini.

"Kami sekarang dalam proses akhir menyenaraikan semua pengusaha yang terlibat dan mereka ini kami akan jumpa untuk berbincang sama ada perlu dipindahkan atau diberi pampasan," katanya.

Sementara itu, Ahmad Fuad berkata, setiap pelan pembangunan yang hendak diluluskan perlu mematuhi syarat ketat oleh kerajaan di mana setiap kemudahan awam seperti surau dan jalan keluar dan masuk perlu disediakan.

Katanya, jika syarat asas tersebut gagal dipatuhi kerajaan boleh membatalkan permohonan pembangunan di kawasan itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Slogan dicipta kurang lima minit bawa tuah

Posted:

Slogan dicipta kurang lima minit bawa tuah

Slogan dicipta kurang lima minit bawa tuah


Ahmad Zaini Othman (tiga dari kanan) dan Azman Aziz bersama pemenang kempen Fiesta Pembiayaan Peribadi MBSB pada majlis penyampaian hadiah di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR 18 Jan. - Seorang kakitangan kerajaan tidak menyangka slogannya yang dicipta kurang lima minit menerusi kempen Fiesta Pembiayaan Peribadi anjuran Malaysian Building Society Berhad (MBSB) melayakkan dirinya untuk memenangi tempat pertama.

Norashikin Ramlan, 30, berkata, dia terkejut kerana slogannya itu dihasilkan secara spontan ketika hendak menghantar borang peraduan.

Beliau yang membuat pinjaman berjumlah RM50,000 menjadi pemenang utama dan membawa pulang Sijil Simpanan Tetap bernilai RM30,000.

"Saya tidak terfikir langsung untuk memenangi peraduan tersebut. Itu pun kerana ejen pinjaman saya yang menyuruh saya menyertainya dan ternyata tuah menyebelahi saya.

"Saya berasa gembira dan berharap agar kemenangan ini menjadi satu permulaan yang baik bagi diri saya untuk tahun ini," katanya pada majlis penyampaian hadiah kempen Fiesta Pembiayaan Peribadi di sini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Zaini Othman yang turut menyampaikan hadiah buat para pemenang.

Pemenang tempat kedua dimenangi oleh Nurulliza Muklas, 28, (sijil simpanan tetap berjumlah RM20,000) manakala tempat ketiga, Herma Nazirah Abdullah Sukri, 27, (sijil simpanan tetap berjumlah RM 10,000).

Dalam pada itu, Ketua Perniagaan Runcitnya, Azman Aziz berkata, pemilihan pemenang dibuat secara rawak tanpa mengira jumlah pinjaman yang mereka ambil.

"Peserta hanya perlu menjawab beberapa soalan mudah berkaitan MBSB serta mencipta slogan yang paling menarik untuk memberi peluang kepada mereka memenangi peraduan tersebut.

"Peraduan ini mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan hampir 15,000 orang sejak awal Disember lalu," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tanah kubur: DBKL dapat penyelesaian

Posted:

Tanah kubur: DBKL dapat penyelesaian

Tanah kubur: DBKL dapat penyelesaian

KUALA LUMPUR 18 Jan. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengenal pasti dua kaedah terbaik sebagai alternatif bagi mengatasi masalah kekurangan tanah kubur di ibu negara.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata, bagaimanapun ia hanya dapat diputuskan selepas perbincangan dengan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, pejabat tanah serta majlis agama.

Katanya, antara kaedah yang dikenal pasti mampu menyelesaikan masalah tersebut termasuklah mencari kawasan di luar Kuala Lumpur atau melaksanakan sistem perkuburan bertingkat.

"Kaedah ini dilihat adalah yang terbaik sekiranya tiada cara lain bagi mengatasi masalah tanah perkuburan yang tidak mencukupi, bukan sahaja dihadapi kalangan penganut Kristian, tetapi juga Hindu dan Islam," katanya pada sidang akhbar di sini ketika mengulas mengenai kekurangan kawasan perkuburan yang dialami masyarakat beragama Kristian seperti yang dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris.

Katanya, DBKL telah mengenal pasti kawasan perkuburan baru di Bukit Jalil yang boleh digunakan bagi ketiga-tiga agama tersebut.

Bagaimanapun jelasnya, ia masih belum dapat digunakan kerana terdapat 39 keluarga setinggan di situ enggan berpindah.

Katanya, DBKL juga telah memperuntukan sebanyak RM6 juta bagi kerja-kerja menaik taraf tempat pembakaran di tanah perkuburan Kristian di Cheras.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan