Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 22 Jan 2012 10:17 AM PST KUANTAN: "Semuanya berlaku terlalu pantas. Anak-anak saya sebelum itu sedang mandi apabila tiba-tiba ketiga-tiga mereka tenggelam timbul dan terkapai-kapai. "Saya cuba menyelamatkan mereka namun hanya berjaya menyelamatkan seorang saja," kata Zaleha Abdul Ghani, 42, yang kehilangan dua anaknya, Mohd Zaiful Mohamad, 13, dan adiknya, Mohd Saiful, 11, akibat lemas di Pantai Sepat, dekat sini, petang semalam.
Zaleha bersama keluarganya dari Sungai Isap, berkelah di pantai itu sempena cuti umum Tahun Baru Cina.
"Mereka (pihak berkuasa) sepatutnya mengambil langkah sewajarnya untuk mengelak kejadian ini berulang kembali," katanya.
Menurutnya, pihaknya masih melakukan siasatan terperinci punca kejadian. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 22 Jan 2012 10:05 AM PST GOMBAK: Seorang wanita dan keluarganya bukan saja menanggung malu apabila majlis perkahwinan yang dirancang tidak menjadi kenyataan sebaliknya kerugian lebih RM30,000 selepas ditipu teman lelaki kasanova yang mendakwa dirinya bergelar 'Datuk' dalam kejadian di Taman Sri Gombak, di sini. Mangsa, 22, menanggung malu dengan saudara-mara, kawan dan jiran serta kadi selepas pengantin lelaki berusia 32 tahun terbabit tidak menghadirkan diri bersama rombongan pada hari pernikahan mereka, Khamis lalu. Majlis sepatutnya berlangsung jam 10 pagi di sebuah masjid di sini, tetapi sehingga tengah hari, kelibat lelaki dan rombonganya itu tidak muncul dan gagal dihubungi. Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Farhana, 22, berkata sebaik menyedari tertipu dia menghubungi pihak bank dan mendapati wangnya dalam bank berbaki RM8 kerana tanpa sedar sudah membuat pemindahan beberapa kali ke akuan lelaki itu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan