Sabtu, 28 Januari 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Sapu bersih wang ATM

Posted: 27 Jan 2012 11:31 AM PST

KUALA LUMPUR: Dengan kepakaran dimiliki, dua penjenayah menyapu bersih wang tunai berjumlah RM388,000 dalam mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah stesen minyak di Taman Connaught, Cheras, di sini, tanpa meninggalkan kesan rompakan.

Kedua-dua penjenayah licik yang memakai seragam pekerja syarikat kawalan keselamatan untuk mengelirukan orang ramai di stesen minyak itu dipercayai memiliki kemahiran tinggi yang membolehkan mereka memecahkan kod rahsia untuk menyelongkar mesin ATM berkenaan.

Kelicikan dan kepakaran mereka menyebabkan kehilangan wang tunai di mesin ATM itu hanya disedari jam 2.30 petang kelmarin dan pemeriksaan pada kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian mendapati rompakan dipercayai dilakukan pada 4 Januari lalu.

Sumber polis berkata, kejadian disedari selepas petugas syarikat kawalan keselamatan memeriksa mesin ATM berkenaan sebelum memaklumkannya kepada pihak bank dan laporan kehilangan wang dibuat di Balai Polis Cheras.


"Petugas syarikat kawalan keselamatan berkenaan terkejut apabila mendapati semua wang di dalam mesin ATM itu hilang sedangkan tiada sedikitpun kesan pecah atau rosak. Mereka kemudian memaklumkan kejadian itu kepada pihak bank.


"Selepas rakaman CCTV di tempat kejadian diperiksa, didapati pada jam 5.30 petang, 4 Januari lalu, dua lelaki memakai pakaian seragam seakan-akan pekerja syarikat kawalan keselamatan membuka mesin ATM itu dan melarikan wang," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Full content generated by Get Full RSS.

Mayat atau bangkai?

Posted: 27 Jan 2012 11:30 AM PST

AMPANG JAYA: Mayat atau bangkai? Itu persoalan yang masih belum terungkai selepas polis menemui sebuah beg besar yang berbau busuk dalam di sebuah kenderaan pacuan empat roda di kawasan perumahan di Pandan Indah, di sini, semalam.

Beg bersaiz besar itu ditemui di tempat duduk belakang kenderaan terbabit oleh penduduk di situ jam 4 petang sebelum memaklumkannya kepada polis selepas curiga berikutan baunya yang terlalu busuk.

Namun, sehingga jam 8 malam tadi polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti kandungan sebenar beg itu selepas ia dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, hasil pemeriksaan PPUKM itu dijangka diperoleh selewat-lewatnya hari ini.


"Selepas menerima aduan, sepasukan forensik dikejarkan ke lokasi kejadian sebelum pemeriksaan lanjut di tempat duduk belakang kereta itu menemui sebuah beg berukuran agak besar.


"Pemeriksaan awal juga mendapati terdapat kandungan di dalam beg berkenaan. Ada kemungkinan ia mayat, namun kami belum pasti sehingga mendapat hasil pemeriksaan dilakukan PPUKM," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan