Jumaat, 20 Januari 2012

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Kesederhanaan jadi keperluan

Posted:

Kesederhanaan jadi keperluan

Kesederhanaan jadi keperluan

Oleh KHUZAIRI ISMAIL dan FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my


MUHYIDDIN Yassin diiringi Mohd. Shafie Apdal bersalaman dengan sebahagian delegasi asing pada majlis penutup Persidangan Antarabangsa Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) 2012 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/MOHD NAJIB MOHD NOR


KUALA LUMPUR 19 Jan. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa kesederhanaan bukan lagi menjadi satu pilihan tetapi ia merupakan keperluan dalam setiap aspek kehidupan hari ini.

Beliau berkata, masyarakat akan dapat menerima perbezaan sesama sendiri, menghormati dan hidup dalam keadaan aman dan harmoni apabila mereka menolak ekstremisme dan seterusnya menerima konsep kesederhanaan.

"Amalan kesederhanaan dan menolak ekstremisme adalah kunci kepada penyatuan tamadun manusia dan keamanan dunia. Masa depan keamanan dan kesejahteraan global mesti dibina melalui kesefahaman bersama dan rasa hormat-menghormati antara masyarakat yang mewakili tamadun terbesar dunia," katanya ketika berucap pada majlis penutup Persidangan Antarabangsa Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Ketua Setiausaha Negara yang juga Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Pada majlis itu, Timbalan Perdana Menteri turut melancarkan buku tulisan Profesor Ulung UIAM, Tan Sri Mohd. Kamal Hassan bertajuk The Voice of Islamic Moderation From The Malay World.

Muhyiddin melahirkan keyakinan bahawa sekiranya semua pihak mampu menerapkan semangat kesederhanaan dan menolak sama sekali sifat ekstremisme serta berlebihan, maka tidak ada kerosakan yang akan berlaku terhadap manusia.

Katanya, pada masa sama, masyarakat dunia perlu mengenal pasti punca sebenar berlakunya tindakan ekstremisme dan fanatisme yang biasanya menjurus kepada kebencian dan permusuhan antara pelbagai penganut agama dan budaya di dunia.

"Kita perlu menggantikan pengasingan ekonomi kepada pengagihan kekayaan sama rata. Politik yang eksklusif juga harus diakhiri dan beralih kepada politik inklusif, selain menangani masalah sosial dengan menegakkan keadilan dan menghormati maruah orang lain," katanya.

Beliau berkata, kesederhanaan telah menjadi teras kepada kejayaan Malaysia dalam berhadapan dengan kepelbagaian etnik dan agama serta mengekalkan keamanan dan mengelak timbulnya sebarang konflik.

"Ia sebenarnya bergantung kepada kesediaan semua pihak terutama semua agama dan budaya untuk mengetepikan perbezaan dan bekerjasama bagi mewujudkan keadaan aman, harmoni dan sejahtera," katanya.

Katanya, beliau percaya nilai kesederhanaan akan terus menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman, harmoni dan stabil sekali gus memberi manfaat yang sama kepada komuniti dunia.

"Saya juga percaya persidangan ini akan membolehkan semua pihak bekerjasama dalam mempromosikan keamanan berterusan untuk kebaikan komuniti global selepas ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Guru Bahasa Inggeris AS kunjungi Najib

Posted:

Guru Bahasa Inggeris AS kunjungi Najib

Guru Bahasa Inggeris AS kunjungi Najib


NAJIB Tun Razak bersama lembaga penasihat GMM pada hari terakhir Persidangan Antarabangsa Gerakan Kesederhanaan Global 2012 (GMM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan (duduk dari kiri) Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Kamal Hassan, Khalek Awang, Tan Sri Razali Ismail dan Tan Sri Mohamed Jauhar Hassan.


PUTRAJAYA 19 Jan. – Sekumpulan guru Bahasa Inggeris Fullbright dari Amerika Syarikat (AS) membuat kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di pejabatnya, di sini hari ini.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA) itu yang tiba di Kuala Lumpur pada 4 Januari akan ditugaskan ke Johor, Pahang dan Terengganu selama 10 bulan mulai 31 Januari ini.

Dalam ucapannya, Najib berkata, hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat, semuanya adalah mengenai manusia.

"Semuanya mengenai kita, rakyat Malaysia dan Amerika yang mahu bekerjasama, yang mahu bertukar-tukar mengenai apa jua kekuatan yang kita ada. Apa cara yang lebih baik daripada dalam bidang pendidikan kerana pendidikan merupakan satu perkara yang benar-benar membawa perbezaan," katanya.

Program ETA meningkat tiga kali ganda tahun ini berdasarkan kepada perkongsian komitmen Presiden AS, Barack Obama dan Najib bagi memperluaskan program pertukaran rakyat dengan rakyat antara AS dan Malaysia.

Najib berkata, Malaysia memberikan penekanan kepada bahasa Inggeris kerana ia amat penting bagi rakyat Malaysia untuk mempunyai daya saing.

"Ia akan menjadi langkah penting ke arah itu kerana apabila kita ada rakyat Amerika mengajar anak-anak kita, saya yakin anak-anak kita akan lebih bermotivasi dan mendapat inspirasi," katanya. — BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Kerjasama CMEDT tingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar

Posted:

Kerjasama CMEDT tingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar

Kerjasama CMEDT tingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar

PUTRAJAYA 19 Jan. – Kementerian Pelajaran akan bekerjasama dengan Cambridge Malaysian Education and Development Trust (CMEDT) untuk meningkatkan mutu penguasaan Bahasa Inggeris (BI) di kalangan para pelajar terutamanya dari segi kemahiran bercakap dan menulis.

''Bentuk kerjasama akan diumumkan tidak lama lagi,'' kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran dalam satu kenyataan selepas mengadakan pertemuan dengan wakil CMEDT di sini, hari ini.

Menurutnya, CMEDT akan mengkaji kurikulum dan rangka kerja penilaian pengajaran BI sejajar dengan usaha kementerian untuk meningkatkan kepentingan bahasa itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan