Sabtu, 28 Januari 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Elaun RELA naik RM2 sejam

Posted: 28 Jan 2012 02:28 PM PST

Nasional

Kenaikan segera bukti keprihatinan terhadap masalah rakyat: PM

SERDANG: Berita baik bagi kira-kira 2.8 juta anggota dan pegawai Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) di seluruh negara, apabila kerajaan bersetuju menaikkan elaun bertugas mereka sebanyak RM2 sejam.

Kenaikan itu membolehkan anggota RELA menerima elaun RM6 sejam berbanding RM4 sekarang, manakala Ketua Platun menerima RM7.80 berbanding RM5.80 sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang membuat pengumuman itu berkata kenaikan berkenaan membuktikan kerajaan prihatin dan mementingkan kebajikan rakyat serta sentiasa mendengar permintaan mereka. "Saya sudah berbincang dengan Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishammuddin Hussein) dan permohonan RELA untuk kenaikan elaun itu boleh diluluskan segera," katanya berucap merasmikan Perhimpunan Perdana RELA sempena sambutan ulang tahun ke-40 ikatan itu yang dihadiri 30,000 anggota dari seluruh negara di sini, semalam.

Terdahulu, Najib berkata RELA bakal menjadi sebuah organisasi lebih tersusun, berintegriti dan berwajah 1Malaysia selepas melalui proses transformasi yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Katanya, bagi tujuan itu, satu akta baru sedang digubal dan akan dibentangkan di Dewan Rakyat, tahun ini.

"Akta baru akan memperluaskan peranan dan fungsi RELA, sekali gus menghapuskan tanggapan orang ramai anggota RELA hanya sebagai pembantu dalam mempertahankan keamanan dan kesejahteraan negara.
"Anggota RELA akan membantu menjayakan program transformasi yang dicadangkan kerajaan dan bersama-sama mempertahankan agenda negara kerana ancaman baru boleh timbul, termasuk secara halus yang boleh menggugat kepentingan negara.

"Jika ada ancaman jenayah atau masalah berkaitan perpaduan, RELA ada di situ bersama pasukan (keselamatan) lain. RELA perlu lebih dekat dengan rakyat dan bukan sekadar di majlis tertentu saja," katanya.

Najib menggesa anggota RELA supaya terus berada di belakang kerajaan untuk mempertahankan keamanan negara dan tidak membiarkan pihak lain mencalar imej negara.

"Kita mahu keamanan terus terpelihara. Jangan sesekali menimbulkan huru hara kerana tiga juta anggota RELA tidak rela negara berada dalam keadaan kucar kacir," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

‘Suara dari langit’ dijawab minggu depan

Posted: 28 Jan 2012 02:28 PM PST

Nasional

PETRA JAYA: Kejadian aneh 'suara dari langit' yang menggemparkan penduduk sekitar Kota Samarahan dekat sini pada 11 dan 12 Januari lalu, akan terjawab minggu depan apabila Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengumumkan hasil siasatan pakar mereka.

Timbalan Menteri, Sains dan Teknologi, Datuk Fadillah Yusof, berkata pihaknya yakin kejadian aneh itu mempunyai penjelasan dari sudut saintifik yang dapat diterima semua pihak, sekali gus menolak beberapa andaian tidak logik.

Katanya, rakaman dan temu bual dengan penduduk yang mendengar suara aneh itu dibuat pasukan penyiasat dari Kuala Lumpur dengan jawatankuasa kementeriannya sedang menilai perkara berkenaan. "Keputusan rasmi mengenai kejadian berkenaan akan dibuat oleh pihak MOSTI minggu depan selepas semua siasatan termasuk mendengar kembali bunyi aneh itu oleh pakar, dilaksanakan.

"Laporan awal mendapati kemungkinan besar bunyi berkenaan berpunca daripada pendandang kilang sawit milik FELCRA di Samarahan dengan pengesahan lanjut akan dibuat selepas ini," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi Parlimen Petra Jaya, di sini, semalam.

Baru-baru ini, penduduk di sekitar Kota Samarahan mendengar bunyi aneh antara jam 1 pagi hingga 5 pagi pada hari berkenaan dan ia mencetuskan pelbagai andaian penduduk di negeri ini dan tersebar dalam Youtube.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

wina doyz ubing

~membuatku insaf~

Mohammad shareza

Masalahnya Ada negara lain pun kena McM tu jadi McM mana tu?

wak mes

baca dan dengar quraan kan lebih baik!

farid freestyler

boleh caye ke nie?

nazarbikehassan

penjelasan mestilah boleh diterima dari setiap sudut...

Raimy

Kilang sawit tu baru beroperasi ke?

mansor

sebelum menbuat sesuatu keputusan utk disebarkan mestilah membuat kajian berdasarkan fakta bukannya dengar cakap.

Bintang kejora

Aik suara dr langkit xkn dr sudut lain ?

facebook.com/ilhamtercipta

Sebelum lembaga penyiasat yg telah dilantik mengemukakan hasil siasatan diharapkan semua orang dinasihati bertenang dan jangan ada yang membuat spulakasi yang bukan2 takut akan menimbulkan salah faham dan kekeliruan sesama sendiri.

Amira thinks you need to do some decorating!

memang betul ke ?


Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan